Kepulangan Qadri Ahyad dari bumi Turki kembali menyingkap sejarah lama yang takkan terlupakan. Hidup Mawar Harumi
semakin tersepit kerana khilaf
'seseorang'. Dahulu, mereka bersahabat baik, namun kini kemunculan graduan dari luar negara itu tidak lagi disambut sebagai seorang teman, sebaliknya sebagai seteru.
Kedinginan Mawar langsung tidak menjentik ego Qadri hatta sedikit. Bagi Qadri, Mawar itu nyawanya. Mawar itu nafasnya. Jiwa tidak lekang mengalun irama merdu buat si pelengkap nama indah itu.
Tanpa Qadri sedar, hati Mawar telah retak terbelah apatah lagi wajah polos Qadri meranapkan seluruh harapan gadis naif seperti Mawar.
*Kalau Qad meninggal dunia suatu hari nanti, Qad harap Mawar sudi melawat Qad dan senyum depan kubur Qad." - QADRI AHYAD
"Kalau awak masuk campur lagi semua hal-hal saya, saya akan pastikan yang awak takkan nampak saya lagi depan mata awak! Saya akan pergi selamanya dari dalam hidup awak!" - MAWAR HARUMI
"Aku takkan biarkan hutang kau langsai sampai bila-bila. Aku nak kau terikat dengan aku sampai ke titik nafas kau yang terakhir." - QALIL
Mawar tahu kesempurnaan seperti Qadri takkan ada pada wanita sepertinya. Apatah lagi dia terpasung olen sisa lampau antara dirinya dan Qalil, kembar
'bekas' sahabat baiknya, Qadri. Qadri itu seperti manusia yang tidak punya dosa.
Tidak layak bergandingan dengan seseorang seperti Mawar Harumi. Namun, kuasa Tuhan menyatukan mereka jua. Takdir atau 'bencana'?
"Jangan paksa diri Mawar. Kalau dah memang Mawar benci Qad, Qad takkan paksa Mawar untuk cintakan Qad." - QADRI AHYAD
Menjadi sempurna itu terlalu sukar.
Mampukah ketaksempurnaan seorang Mawar menyempurnakan kehidupan seorang Qadri? Dan, haruskah 'sempurna' itu dijulang buat insan seperti Qadri yang juga jauh dari sempurna?