MAHALNYA SETIA 2
Ifrad menyangka Keputusan memilih Zara berbanding Farah membuatkan dia bahagia. Namun semakin jauh dari Farah, membuatkan hatinya merana. Puas dia berusaha untuk mendapatkan cinta Farah. Namun hati Farah sekeras kerikil. Tidak boleh dipujuk lagi.
“Pluto bukan planetlah sayang. Sebab itulah, abang kena ada dengan sayang dan anak-anak. Benda basic macam ni pun sayang dah salah bagi info. Okey, abang mengaku. Abang salah. Maafkan abang. Kita kembali macam dulu. Abang janji abang akan dahulukan sayang dan anak-anak.” – Ifrad.
Memilih untuk hidup sendiri bersama-sama dengan anak-anak membuatkan Farah kenal dirinya sendiri. Kecewa dengan perkahwinan yang lepas membuatkan dia berhati-hati memilih pasangan.
Siapa sangka dalam duka ada bahagia. Pertemuannya dengan Iqram membibitkan rasa cinta. Namun pada masa yang sama Ifrad mula menabur janji lama.
Hatinya bertambah rawan apabila anak-anak mula rindukan Ifrad. Farah resah. Bersama Iqram dia bahagia, namun anak-anaknya tidak rela. Bersama Ifrad, lengkaplah keluarga mereka. Siapa yang selayaknya bersama Farah? Ifrad yang sentiasa menduga atau Iqram yang sentiasa setia? Atau dia terpaksa berkorban lagi asalkan anak-anaknya bahagia?
“Jaga hati awak untuk saya ya. Okey babai.”- Iqam
“Farah dengar sendirikan apa yang berlaku pada Daniel? Gara-gara keputusan Farah yang nak sangat bercerai dengan abang, dia jadi mangsa tau.” – Ifrad