Mengahwini, bukan untuk mencintai. Sekadar untuk menyakiti.
Dek kesalahan seorang ayah, dia menjadi landasan untuk melunaskan dendam lama.
Perit untuk diterima sekeping hati, namun kerana cinta, Yuqi bertahan. Ikhlas
mencintai Luke, walaupun diri sering disakiti.
“Luke, can you stop it? Bersihkan hati you daripada dendam. He’s my father,Luke.
Your father in law.” - Yuqi
“Sebab bapak kaulah, aku menikah dengan kau. Sebab dia bapak kaulah,aku seksa
kau. Biar dia rasa, apa yang aku rasa selama ni.” – Luke
“You bukan setakat menyeksa papa I. You turut menyeksa diri I. You sedang
menyeksa kebahagiaan kita, Luke.”
“Kau dengan aku, takkan pernah bahagia. Jangan pernah bermimpi. Dan jangan
sesekali mengandung, sebab aku tak nak zuriat dari keturunan kau.”
Dia terngadah dengan bicara encik suami. Tak bagi mengandung, tapi dia
menyentuh? Untuk apa? Sungguh dia tak faham. Dan Yuqi fikir, dia mampu
lenyapkan dendam dari diri encik suami. Dia fikir, dia mampu kuburkan dendam
dengan siram kasih sayang dan cinta.
Malangnya, semua itu sia sia.Semakin hari, Luke semakin aggresif. Bukan setakat
hati disakiti, malah fizikal. Sehingga ada salah faham berlaku. Lantas menghancurkan
hubungan mereka berdua. Yuqi berubah 360 darjah kerana satu peristiwa.
“Bukan aku yang tolak papa kau. Nak percaya atau tak, terserah.”
“You ingat I percaya? Depan mata I, you tolak papa I. Depan mata I, you bertumbuk
dengan dia. Puaslah hati you sekarang? Papa I dah terlantar macam tu. Kenapa you
tak bunuh I je? Bunuh I pulak. Tiada guna you simpan I sebagai isteri lagi dah..”
“I will. Soon. Bila tiba masanya, aku akan lenyapkan kau dari hidup aku. Buat masa
sekarang, kau masih berguna untuk aku.”
Bibir benar melantunkan bicara itu. Namun, hati tak seperti itu. Dalam menyakiti, ada
penyesalan. Dalam membenci, ada kerinduan. Dan dia, mula ragu-ragu dengan hati
sendiri.