Asalnya perkahwinan, adalah ikatan paling suci untuk mengikat dua hati.

Namun bagi Qharlish, perkahwinan adalah satu-satunya cara dan "senjata" paling

kukuh untuk menundukkan Elene Batrisyia yang berhati batu. Walau dasarnya tanpa

cinta,dia nekad agar sekeping hati itu menjadi miliknya meskipun mengemis adalah

jalan terakhir.


"I mungkin bukan lelaki terbaik. Tapi I yakin, I takkan pernah gagal untuk menjadi

lelaki teragung dalam hidup you." - Qharlish Amsyar


“Whoah.. So confident. Dari mana you dapat keyakinan tahap gigani?"-Elene

Batrisyia


“Jadi isteri I then you akan tahu." - Qharlish Amsyar


Kerana pernah terluka dia takut untuk beri komitmen. Hati dia mati. Jiwa dia kosong.

Dan cinta baginya dah lama terkubur.


“Perkahwinan bukan try and error, Qharlish. la mesti berlandaskan cinta serta

kepercayaan.” - Elene Batrisyia


“I love you, Elene Batrisyia. Itu hakikat yang you cuba nafikan. " – Qharlish Amsyar


Luahan berani mati itu buat Elene terkedu sendiri. Jantung berdetak laju tanpa sedar

hati turut terbuai. Lantas sekali lagi dia kuatkan hati untukmenerima sebuah

perkahwinan dengan harapan Qharlish bisa merawat luka di hati.

Namun, siapa sangka perkahwinan yang terbina ini juga merupakan sebuah

konspirasi untuk menghancur-lumatkan hatinya. Sekali lagi, dia tersungkur.

Dipermainkan oleh lelaki paling teragung sehingga menyebabkan kematian insan

tercinta. Luka yang terpalit terlalu dalam sehingga dalam fikirannya cumalah sebuah

perpisahan.


×