Motif utama dia mendekati keluarga Dato Ilham adalah dendam. Menuntut bela

atas kematian keluarganya. Tentang cinta, perihal perempuan, tak pernah ada

dalam kamus hidupnya. Malangnya, pertemuan dia dengan anak Dato Ilham, buat

dia hilang diksi seketika. Qaseh yang nakal meraih perhatian. Qaseh yang manja merenungnya. Dan Qaseh

yang gila melamarnya depan Dato Ilham. "Qaseh dah jumpa calon suami yang sesuai. Qaseh nak kahwin dengan bodyguard

papa, Luf Rizqi." - Qaseh Alayn. Luf Rizqi terpana. Dato Ilham diam membisu. Keputusan Qaseh buat keluarga Dato Ilham kecoh seketika. "Papa tak izinkan. Cari calon yang lebih sesuai. Bukan pekerja papa sendiri." Dato

Ilham. "Qaseh tetap nak kahwin dengan Luf Rizqi. Papa halang, Qaseh akan bunuh diri." Ugutan Qaseh buat Dato Ilham tunduk mengalah. Dan Luf Rizqi tak punya pilihan. Setuju tanpa membantah. Namun, hati tak pernah berniat nak mencintai kerana

dia ada agendanya tersendiri. "I kahwin dengan you, sebab papa you. Dan I tak ada niat nak jadi suami you." Luf

Rizqi. "I pun kahwin dengan you, sebab papa I. Atleast, bila you dah jadi menantu, motif

you untuk bunuh ayah I, boleh diubah. Mana ada menantu nak bunuh ayah mertua

sendiri. Kan?" - Mawar Qaseh

Luf Rizqi terngadah. Rahsia yang dia simpan kemas, dah lama diketahui oleh Qaseh. Semakin dia ingin membalas dendam, semakin Qaseh semaikan cinta dalam

hatinya. Tanpa sedar, dendam mula bertukar menjadi cinta. Hati mula mengecapi

rasa indah. Malangnya, disaat bahagia ingin muncul, dikala Luf ingin melupakan segala- galanya demi Qaseh, Dato Ilham menjadi penghalang.

"Tinggalkan Luf. Kalau tak, papa bunuh dia. Atau... Qaseh akan tengok mayat papa. Pilihan di tangan Qaseh."- Dato Ilham. Dua pilihan, yang tak mampu dia pilih. Satu cinta hati, dan satu lagi cinta hakiki. Qaseh bungkam. "Demi keluarga.. Pergilah. Tinggalkan I."- Luf Rizqi

Dan perpisahan terjadi tanpa kerelaan. Mampukah Qaseh jalani hari-hari tanpa

'nyawa' di sisi? Sekeping hati yang keras dan ego mampu dia lunturkan. Namun, tak mampu dia miliki. Dugaan sentiasa datang menyebabkan mereka terpisah oleh

keadaan.

×