Gatal dan merenyam! Itu yang terlintas di fikirannya tatkala pertama kali bertentang

mata dengan Noah Malique. Duda yang bakal menyandang gelaran "bakal suaminya."


Untuk menolak, dia tak mampu kerana ugutan mama buat dia terpaku dengan

keputusan ini. Namun, hati tak merelakan. Baginya, seorang duda adalah lelaki yang

gagal memikul tanggungjawab.


"Kalau masjid pertama pun dah runtuh. Macam mana mama yakin dia boleh bina

masjid kedua?" - Dian


"Mungkin kali ni I tak nak bina masjid. I cuma nak bina surau yang penuh dengan

makmum. I memang failed jaga masjid I, tapi jangan risau. I masih boleh jadi imam

untuk surau kecil kita. I pun terer bagi makmum kecil untuk you. Berapa ramai you

nak? I boleh berikan. I'm strong man."- Noah


Dian tergamam. Jawapan daripada si duda buat dia membisu.


"Anak-anak adalah harta dunia dan akhirat. I cuma nak berikan harta yang tak ternilai

kepada you. Harta akhirat you. Tak berminat ke?" – Noah


Bukan setakat ayat je yang manis, tapi siap dengan pakej senyuman dan tingkah

menggoda lagi. Adakala, dia tergolek.


Malangnya, ego menafikan segala-galanya. Semakin Noah mengejar, semakin jauh

dia melangkah. Tanpa sedar, setiap langkah yang dia atur, ada cinta buat encik suami.

Tatkala hati mula menyedari, ada halangan yang terhidang. Sekali lagi, Dian rebah.

Kerana cinta lelaki itu, bukan miliknya lagi..


×