Matthen Iyaad dan Layla Assofiah bersahabat sejak kecil. Namun, persahabatan yang terbina dianggap sebagai satu hubungan terlarang oleh Tan Sri Chairil. Ada sejarah yang Tan Sri Chairil cuba sembunyikan. Matthen merupakan anak kacukan bermata emerald dengan rambut yang keperangan. Hidup tanpa harta, Matthen benar-benar miskin dan susah. Tidak seperti Layla, anak orang kaya ternama manakala kini Matthen merupakan bekas banduan. Kerana satu kejadian, Matthen terpaksa mencari Layla demi menuntut sebuah pembayaran. Tetapi, apa yang mengejutkannya adalah Layla yang ditemuinya itu bukanlah seperti Layla yang dulu. Layla yang ditemuinya itu telah mencabar egonya.

“Kau sendiri yang mengaku aku ni ‘binatang’. Takkan kau dah lupa? Kau anggap saja aku ni sebagai binatang buas. Binatang ini pemangsa.” MATTHEN IYAAD

“Matthen…Kalau saya mati di depan awak, awak akan senyum untuk saya?” LAYLA ASSOFIAH

Takdir mempertemukan jiwa yang telah terpisah di antara benua. Tercampak di bawah langit Cernobbio, Matthen hadir kembali dalam pertemuan yang sangat aneh.

“Give me a chance to date you.” - MATTHEN IYAAD

“Kalau dunia runtuh sekalipun, aku akan menanti kau. Selagi kau masih ada di Cernobbio. Cuma aku pinta satu hari untuk aku buktikan.” - MATTHEN IYAAD

Matthen cuba mendapatkan kemaafan dan berharap agar pintu hati Layla terbuka untuknya. Cuma satu hari yang dia pinta tetapi satu hari itu bertukar tragedi. Adakah munajat dalam kerinduannya itu bakal termakbul? Akankah Layla menjadi miliknya? Layla, amore mio… demi Layla, dan hanya Layla, dia terus menanti dan berdiri di bawah langit Cernobbio.

×
WhatsApp