Bila lahir dalam sudu emas, segalanya inginkan kesempurnaan sehingga Datin Aleya
pening dengan anak sendiri.
Manja, bongkak, angkuh, sombong, bermulut laser itulah sikap anak tunggalnya. Puas
menasihati, Nav cuma pekakkan telinga. Malah, semakin hari, semakin menjadi-jadi
sikap Nav. Pandang rendah pada orang. Menghina orang gaji, caci-maki, adalah zikir
di mulutnya.
“Tangan kotor kau tu, tak layak nak sentuh barang aku! Kalau dah orang gaji tu, buat
cara orang gaji! Dasar miskin!” - Navia
Tak tahan dengan perangai anak sendiri, Datin Aleya buat keputusan melulu.
Kahwinkan Navia dengan lelaki sederhana penuh adab.
“Mama dah gila ke? Dia tu tak setaraf dengan keluarga kita! Macam mana Nav nak
hidup dengan lelaki miskin macam tu? Nav kena pindah rumah suami? Never! Nav
rela jadi isteri derhaka daripada hidup dengan suami miskin macam dia!” - Navia
“Ini je cara mama nak didik kembali anak mama. Mama tak nak anak mama terus
bongkak sampai tak ada adab. Mama sendiri tak tahu dekat mana silap mama dalam
membesarkan Nav. Mama tak nak anak mama jadi orang kaya yang tak sedar diri.” -
Datin Aleya
“Nav takkan sesekali tinggal dengan jantan miskin tu! Nav akan lari daripada rumah.
Nav akan pastikan dia ceraikan Nav. Nav akan jadi isteri paling memalukan! Mama
tengoklah nanti!” - Navia
Dek kerana geram dengan keputusan mama, dia buat perangai. Setiap malam dia
larikan diri daripada rumah. Masuk clubbing. Pakai seksi. Malukan suami sendiri
depan kawan-kawan. Namun, kesabaran si lelaki terlalu tinggi sehingga dia naik
hairan.
“Kau ni terlalu penyabar, atau bodoh? Isteri kau curang depan mata pun, masih nak
simpan lagi? Ceraikan akulah bodoh! Aku dah peluk jantan lain depan mata kau!
Jangan jadi dayuslah! Ceraikan aku!” - Navia
“Balik rumah, Navia. Kalau you fikir dengan cara ni you boleh buat I marah, you silap
Navia. I takkan ceraikan you. I akan didik you seperti yang mama you nak. So, jangan
jadi bodoh, merosakkan diri sendiri dan maruah diri.” - Laith
“Kau tetap tak nak lepaskan aku? Okay.. lepas ni aku akan tidur dengan jantan. Aku
nak tengok kau masih nak didik aku ke tak.” - Navia
“Do it, Navia. Kalau you nak tengok langit tu tinggi ke rendah.” Laith
Semakin dia melawan, semakin kemas pegangan Laith. Dia memberontak, Laith
memujuk. Dia curang, Laith ikat dengan ikatan yang paling dia tak sangka.
“Semalam dah jadi bukti yang you milik I, Navia Uliya. Sekali jantan lain sentuh you,
patah tangan dia I kerjakan.” - Laith
Dan Laith kotakan apa yang dia cakap. Patahkan jemari sesiapa saja yang
menyentuhnya sehingga dia kehilangan semua kawan lelaki. Sekelip mata, Laith
hapuskan semuanya tanpa kata. Navia terngadah. Terduduk dalam bicara yang
lumpuh. Siapa Laith Edika sebenarnya?