KOMBO DUA EBOOK LATEST RELEASE DARI WAN NUR NAJIHAH & DILA DYNA

Bismillahirrahmanirahim….

Untuk kombo dengan, Harga RM 20 untuk 2 ebook sampai malam ni saja tau. Esok jadi harga biasa. Better beli kombo. Sebab jatuh RM 10 je satu untuk ebook ni…

First cover. Tahniah Wan Nur Najihah

BLURB MURNI : KAU YANG TERSAKITI

“Saya tak nak bercinta atau kenal lama-lama. Kalau awak suka saya, datang jumpa keluarga saya. Kalau awak tak suka saya, kita stop sini.”

Itu ugutan MURNI pada KHAZIL, lelaki yang dia baru kenal di aplikasi cari jodoh. Siapa sangka KHAZIL juga serius. Dari perkenalan yang singkat akhirnya mereka bersatu sebagai suami isteri.

“Bie nak setia kat sayang sorang je. Takkan ada perempuan lain ada kat hati bie. Bie tak tahu macam mana hidup bie kalau sayang tinggalkan bie.”

“Kemain bie, kan? Kat kem bie cakap bie garang, tegas sampai anak buah bie pun takut. Tapi bila dengan sayang, manjanya mengalahkan kucing betina!”

Kerana rasa bertuah menjadi isteri KHAZIL, MURNI sering kali kongsi kebahagiaan di media sosial sehingga dia diganggu oleh fake account.

Handsome betul laki orang ni. Jangan kerap share sangat sis. Risau ada perempuan lain nak tolong jaga jugak. - iamAnggun

“Perempuan tak sedar diri. Pantang nampak tentera sikit mulalah nak menggeletis. Tak tengok dah laki orang ke apa. Menyampah betul!”

MURNI percaya KHAZIL. Seratus peratus. Tahu hanya dia satu-satunya wanita yang dicintai. Sehinggalah bila dia disahkan mengandung, KHAZIL mula berubah.

​“Bie sibuklah. Bukan selalu pegang phone.”

“Takkan nak beritahu ada kat Melaka pun tak sempat?”

MURNI paksa diri supaya faham kerjaya KHAZIL yang berkhidmat untuk negara. Tapi makin lama mengenali, dia mula nampak sisi lain lelaki itu.

“Kenapa degil sangat? Sayang tak pakai otak ke? Nak kita betul-betul cerai?”

Apa yang ditakuti MURNI akhirnya terjadi. Ujian terbesar melanda di saat dia sedang mencipta bahagia dengan KHAZIL.

“Tapi awak kena tahu satu benda. Saya dah tawar hati dengan awak. Hubungan kita takkan sama macam dulu.”

“Bie akan pujuk sayang…”

Apa yang sudah dibuat KHAZIL sehingga MURNI tawar hati? Akan adakah kemaafan dan peluang kedua untuk lelaki itu? Siapa gerangan sebenar yang bersembunyi di sebalik fake account? Dan bagaimanakah pengakhiran hubungan KHAZIL dan MURNI?

Second cover. Tahniah Dila Dyna

SINOPSIS NUURA : MENGEJAR TAKDIR BAHAGIA

Cupp!

Pangg!! Satu tamparan hebat melayang ke pipi Qaid Yusoof saat bibirnya mendarat ke pipi mulus itu. Gadis yang disangkakan kekasihnya, ternyata bukan kekasihnya. Saat itu juga Nuura Aresha melabel si jejaka sebagai si gila, dan pervert!

“Saya tak bermaksud nak sakitkan hati cik. Petang tadi saya betul-betul tersalah orang, saya ingatkan bakal tunang saya.” - Qaid

“Oh… kalau bakal tunang boleh sesuka hati cium ke? Awak ni ada agama ke tak? Ke islam atas IC je?!” – Nuura

Pertemuan pertama itu membuahkan bibit-bibit rasa di hati masing-masing, tanpa disedari persamaan wajah itu bukanlah satu kebetulan. Nuura adalah bakal kakak iparnya sendiri, kembar kepada kekasihnya Nureen Alisya.

Nuura dan Nureen, pasangan kembar seiras, namun miliki perwatakan yang jauh berbeza bagai langit dan bumi. Malah ibu sendiri pun bersikap pilih kasih, menyebabkan Nuura tidak mendapat kasih sayang sedari kecil. Dibenci ibu dan kembar sendiri menyebabkan kewujudannya langsung tidak diiktiraf, seolah orang asing dalam keluarganya sendiri.

“Oh, nak berambus dari rumah ni selamanya ke? Baguslah kalau macam tu. Kau datang sini pun macam orang asing je kan. Oh, sebelum tu, kenalkan bakal tunang aku, Qaid Yusoof Tan Sri Haidar,” – Nureen Alisya

Kecurangan Nureen, akhirnya mengikat Nuura dan Qaid dalam ikatan perkahwinan. Kesetiaan dan layanan baik Nuura dibalas dengan kekasaran. Nuura dihukum atas kecurangan kembarnya sendiri.

“I nak ingatkan you sekali lagi Nuura.  You dalam rumah ni tak ubah ibarat tahanan I. Kalau I tak pernah suruh you buat sesuatu, you tak payah nak memandai-mandai buat! Faham?!” – Qaid

“I isteri you tahu tak. Setiap hari I setia tunggu you balik, rupanya you berfoya-foya dengan perempuan haram dekat luar sana! You ingat I ni patung ke takde hati dan perasaan?!” – Nuura

Mampukah Qaid menyelamatkan semula rumah tangga mereka saat hati si isteri sudah terluka kecewa? Atau hanya perpisahan satu-satunya cara yang tinggal untuk kembali bahagia?
×