Kita reveal cover REDHOPE dulu. Tahniah Wnfhanna..
SELEPAS mengumpul keberanian, Nurin akhirnya bersedia menyertai Pasukan Medikal Taktikal, bersiap sedia untuk berbakti di medan perang yang tidak pernah dia bayangkan.
“Doktor? Aku dimaklumkan ada pegawai perubatan baru. Tapi aku tak sangka budak kolej yang dihantar.” – KAPTEN IZZ ZAFRAN
Saya tak sangka seorang kapten boleh menilai kelayakan perubatan hanya melalui pandangan mata.” – DOKTOR NURIN SYAFIA
“Di medan perang, mata kasar lebih penting dari sijil.” – KAPTEN IZZ ZAFRAN
“Nasib baik saya bawa lebih daripada sekadar sijil. – DOKTOR NURIA SYAFIA
Pertemua itu telah mencetuskan sedikit konflik antara mereka, namun Nurin tahu, dia harus kekal profesional dan tidak terbawa-bawa dengan arus emosi diperlekehan begitu oleh ketua skuad yang dingin dan kerek itu.
Pertemuan mereka mencetuskan konflik halus, tetapi Nurin tahu dia mesti kekal profesional, menahan diri daripada terbawa emosi walaupun diperlekehkan oleh ketua skuad yang dingin dan kerek itu.
Manakala, Zafran pula tidak melepaskan peluang, matanya sentiasa mengawasi setiap pergerakan doktor muda itu, seolah-olah ingin menilai bukan sahaja kecekapan, tetapi juga keberanian Nurin berada di medan perang.
“Kau menangis? Huh, kau takut ke?” – KAPTEN IZZ ZAFRAN
“Tak. Saya tak takut. Saya tak menangis.” DOKTOR NURIN SYAFIA 
“Bagus. Simpan air mata kau tu. Jangan jadi liabiliti dalam misi ni. Aku tak nak misi ni gagal sebab kau. – KAPTEN IZZ ZAFRAN
Namun, Nurin berjaya membuktikan bahawa kecekapannya bukan sahaja terletak pada uniform bertanda tentera, tetapi juga pada kecekalan, ketenangan, dan kepintaran yang tersembunyi di sebalik setiap tindakannya, Sehinggalah saat dia terpaksa memberi rawatan kecemasan kepada Zafran.
“Kita kena hentikan pendarahan ni sekarang! Jangan biar dia kehilangan lagi darah,” – DOKTOR NURIN SYAFIA
Setiap detik di medan perang menuntut Nurin berusaha habis-habisan, kerana tugasnya bukan sekadar merawat, tetapi menyelamatkan wira negara.
Adakah Zafran akan terselamat di tangan doktor yang selama ini dianggap ‘budak kolej’, atau adakah nasibnya akan berubah sekelip mata?
Cover kedua reveal.. Tahniah Elyshakaman
SINOPSIS SHADOW
Darwish Raihan, abang kepada Dhia Raihana, bersahabat baik dengan Ehsan Eskandar. Kematian yang penuh tanda tanya membuatkan Hanum Mardhihah membawa diri pergi jauh. Di saat dia menutup pintu hatinya, muncul Haneef Wafiy yang cuba mengubatkan hati yang terluka.
Namun, semakin Haneef mencuba, perasaan Hanum pada Darwish tidak dapat dipadamkan. Wajah lelaki itu masih menghantui fikirannya, seolah-olah Darwish tidak pernah benar-benar pergi.
Kehadiran semula Darwish dalam hidup Hanum meruntuhkan segalanya. Lelaki itu masih hidup, masih memandangnya dengan tatapan yang sama tetapi Hanum kini tunangan kepada Haneef. Antara kenyataan dan masa lalu, Hanum terperangkap dalam dilema yang semakin menyesakkan.
Mampukah Hanum memilih antara lelaki yang setia menantinya dengan sabar, atau cinta pertamanya yang kembali menuntut ruang di hatinya? Dan apakah rahsia di sebalik kehilangan Darwish selama ini rahsia yang mungkin mampu mengubah segalanya?