SINOPSIS EBOOK : KESAYANGAN MR. SEXY
Penumbuk, penendang dan muka beku. Itu ‘hadiah’ biasa ice queen @ Erin Malaika untuk kawan baiknya.
Senyum meleret, kenyit mata dan flying kiss. Itu simptom mr. sexy @ Noah Aiden ketika berhadapan kesayangannya.
Balas dendam - matlamat hidup Erin.
Memiliki Erin - impian hidup Noah.
Ketika dua insan berbeza personaliti menjalin hubungan bertahun-tahun lamanya, pelbagai masalah timbul.
“Kalau rambut saya panjang macam Rapunzel, leher awak dulu saya jerut.”- Erin
“Sadisnya. But…” - Noah
“But what?”- Erin.
“But I still like you so much.” - Noah
Kekasaran dan keganasan Erin bukan kudis di jiwa Noah. Dia akan pastikan Erin jadi miliknya meskipun terpaksa menggunakan pelbagai helah.
“Ini nasihat aku sebagai kawan yang dah kenal kau lebih 20 tahun. Kalau tak suka, cakap terang-terang. Jangan bagi harapan palsu.” - Jibrael
Erin fikir Noah mampu mewujudkan kebahagiaan dalam hidupnya. Dia sanggup menanggung risiko menempuh hari-hari mendatang bersama pemuda itu. Malangnya, apa yang dirancang, lebur di tengah jalan.
“Do you ever love me?” - Noah
“Never.” - Erin
Noah terhenyak bila kesayangannya pergi meninggalkan dia terkontang kanting dalam duka. Cinta yang baru berputik lenyap begitu saja.
“You larilah ke mana pun you nak lari, I akan cari you sampai lubang cacing. You berani lari dengan mana-mana lelaki lain, I pastikan mereka semua musnah!”- Noah
“Kau… aku. Kita mustahil bersatu.”- Erin
Pertalian dua manusia itu sepatutnya terpadam sejak dahulu lagi. Namun Noah berdegil. Meski dikhianati dan nyawa nyaris tergadai, cintanya takkan pernah berganjak. Takkan pernah berubah. Selamanya milik Erin.
Erin pula terbelit antara cinta dan dendam. Masih adakah peluang untuk dia terus mencintai sedangkan dendam tunjang nafasnya selama ini?