Sayang, cinta dan  dendam, apabila bersatu, ianya mampu melumatkan sekeping hati. Atas alasan sayang, Eian kirana sanggup menggadai sekeping hatinya demi melunaskan sebuah dendam. Tak sangka. Lagilah dia tak mampu menduga. Ketenangan yang selama ini dia fikir akan  kekal, rupa-rupanya direntap dipertengahan jalan. Paling dia tak mampu terima, abang sendiri yang menjadi punca. Ini bukan kisah kahwin paksa. Bukan jua kahwin koboi mahupun tangkap basah. Ini kahwin rela, suka sama suka, cinta mencintai.. cumanya di sebalik perkahwinan ini penuh dengan agenda tersendiri. Agenda dimana dia perlu menjadi galang ganti untuk menjayakan rancangan ini. Hidupnya perlu menjadi pertaruhan. Dan hatinya, diminta untuk bersiap sedia dengan segala penderitaan. Lebih tepat, perkahwinan ini untuk menghancurkan dua hati. Pelik, tapi itulah hakikatnya.


“Abang tak kira, seminggu dari sekarang, jantan tu mesti jatuh ke tangan Eian! Goda dia, kahwin dengan dia dan bila semua ini selesai tinggalkan dia.. but remember, jangan sesekali Eian jatuh cinta. FAHAM?!” Rayyan Haicarl.


Puas dia memberi alasan, namun semua itu di pandang sepi oleh si abang. Lantas, dia bersetuju demi kebahagian seorang abang walaupun pada mulanya hati dia tak rela. Eian Kirana tegar memasang niat untuk menjadi penggoda dan peraih cinta suami sendiri lalu menghancurkannya.


“Nak goda dia? Okay, aku tak ada masalah. Nak buat dia jatuh cinta dengan aku? Fined! Kahwin dengan dia? Well, lagilah tak ada masalah. The problem is, apabila dua hati bersatu. Bukan untuk melayari bahtera cinta bersama, tetapi untuk melunaskan dendam di mana aku tiada kaitan langsung! Dan kau fikir, hati aku tak rasa apa-apa? Dia bakal suami aku, Fiena. S.U.A.M.I! Yang mana lelaki wajib untuk aku patuh, satu-satunya lelaki yang boleh memberi aku syurga.” Eian Kirana.


Di antara kemelutan dendam ini, Mike Adrian menjadi mangsa. Dua tahun, hati dia mati. Menjadi seorang lelaki yang dingin kerana peristiwa itu. Namun, kemunculan Eian Kirana mengubah takdir hidupnya. Hati dia kembali hidup kerana seorang perempuan yang bergelar isteri. Tapi, siapa sangka perkahwinan yang dia puja selama ini hanyalah satu permainan. Hati dia lebur. Jiwa dia mati untuk kali kedua.


“I can forgive, but not forget.. is just another way of saying i won’t forgive.” Mike Adrian.


Dan di akhir episod dendam cinta mereka, mampukah Eian Kirana meraih kemaafan dan cinta Mike Adrian kembali setelah segalanya terbongkar?

×