Tugas mereka, cuma melindungi. Sesiapa saja dalam kesusahan dek kelebihan
yang diberikan. Haramkan cinta, haramkan hubungan dengan manusia. Malangnya, setelah
berjumpa dengan seorang gadis, Kenzie Lee seakan akan lupa dengan peraturan
susun galur keturunan mereka. "Kau berdarah putih, mereka berdarah merah. Mana mungkin akan bersatu, Ken. Kau akan mati." - Giban Lee
"Kalau itu syaratnya, aku rela." - Kenzie Lee
Demi si gadis, dia sanggup. Berkorban nyawa untuk melindungi tanpa
pengetahuan si gadis. Menjadi knight amor untuk gadis yang jauh beza dengan
dunia mereka. Hanya kerana perasaan aneh muncul dalam jiwa setiap kali mata
mereka bertaut pandang. "Take care of yourself lady." Kenzie Lee
Satu nasihat, dari orang asing, mengikat hati Tristan. Dia muncul seperti angin
dengan aura yang sukar untuk ditepis. "Kalau I tak nak?" - Tristan
"You akan mati." - Kenzie
Lenggok suaranya. Renungan matanya. Serta senyuman sinis Kenzie menambat
hati Tristan. Sehingga dia tak kisah ditimpa kemalangan jika itu saja cara untuk
mereka bertemu. "I cakap jaga diri! Kenapa you degil sangat? Tak takut mati?" Kenzie Lee
"Kalau ini saja cara untuk bertemu dengan you, I sanggup."- Tristan
Semakin Kenzie menjauh, semakin Tristan mencari walaupun sejuta bahaya
terhampar. Tanpa sedar, satu persatu rahsia terbongkar yang sukar diterima oleh
akal. Akhirnya, demi nyawa seorang Kenzie Lee, Tristan terpaksa berundur. Kerana, dia juga bukan manusia biasa.