“Aku jijik tengok muka kau! Kau jangan sentuh aku. Dahlah muka buruk.Hodoh! Bau
pun busuk! Perempuan bangsat macam kau, elok kena cerai je!” - Ilham
“Awak tak ada hak nak hina saya, Ilham! Kalau dah tak suka, tak sayang,lepaskan
saya dengan cara elok! Tak perlu pun nak hina saya!” – Lyana
Semakin hari, hubungan mereka semakin dingin dan teruk. Perangai Ilham yang
dulunya, penyayang dan penyabar, berubah menjadi pembengis dan pemarah. Tak
kena sikit, mesti Lyana jadi mangsa. Sehingga mereka buntu dengan apa yang
berlaku.
Macam mana Ilham boleh berubah sekelip mata sedangkan mereka bahagia. Tiada
orang ketiga. Tiada masalah keluarga mentua. Tiba-tiba je...Kecuali, sikap si biras
yang aneh.
Masuk bilik tanpa diundang. Kadangkala,Lyana ternampak jelmaan si biras. Tapi,
bukan! Dan yang paling pelik, Ilham baik dengan dia sorang je. Sedangkan dengan
dia, asyik nak mengamuk.
“Apa yang berlaku dalam hubungan akak dengan abang, tak ada kaitan dengan
Suha, kan? Akak harap benda ni takde kaitan dengan Suha. Kalau ada sekalipun,
akak harap berhentilah. Sebelum semuanya jadi makin teruk.Bertaubatlah sebelum
terlambat.” - Lyana
“Kadang kala, mata silap menilai. Sebab tu kita jangan terlalu percaya apa yang
dilihat oleh mata selagi hati tak merasa.” - Suha.
Tatkala semua orang mula menyimpan curiga, bibir diam seribu bahasa.Hati
disimbah rasa sabar.
“Kau jangan buat benda tak senonoh dalam rumah ni, Suha. Kalau aku tahu,siap kau
dengan aku!” - Aisyah
“Awak ada apa-apa ke dengan abang Ilham? Kenapa dia baik sangat dengan awak?
Awak jangan buat hal, ya!” - Farhan
“Sampai bila Suha nak menyorok? Semua orang dah tahu. Bukti dah ada depan
mata. Semua ini, kerja Suha! Sampai hati Suha...” - Lyana.
Dan bila semuanya terbukti depan mata. Mampukah dia memaafkan semudah itu?
Sejujurnya, hati dia tak sebaik itu. Kerana sifat dengki,rumah tangganya hampir
musnah! Mustahil untuk dia memaafkan perbuatan insan terkutuk!