“Aku balik bukan untuk dengar kau membebel,” bisik Zulu dengan nada yang cukup..


Emm.. macam mana dia nak cakap ek? Nada yang tak normal. Nada yang mampu buat…


“Aaahhhhh….” Menjerit Iris tiba-tiba bila Zulu dukung dia secara mengejut macam tu.


Komando sorang ni, tak boleh jadi macam orang normal ke ek?


“You ni tak boleh jadi normal ke? Semua benda nak diangkut macam guni beras. I manusia. I ada kaki. Boleh jalan sendiri!” Bebel Iris bila cik suami pikul tubuh dia macam guni, letak atas bahu lalu keluar bilik.


“I dah lama tak training. Anggap jelah I tengah angkat dumbbell.” Zulu bagi alasan. Selamba je dia pikul Iris dan melangkah masuk ke bilik mereka.


Namun, belum sempat dia masuk bilik, tiba-tiba pintu utama rumah terbuka dari luar. Wajah mama dan Ain menyapa pandangan. Mereka saling bertatapan dengan Iris atas dukung dia.


Terbeliak biji mata mama dan Ain. Mulut ternganga.


Cuak punya pasal serta malu. Tak semena dia lepaskan tangan dan bedebuk…!


Iris jatuh ke lantai. Terkejut punya pasal, dia lepaskan tubuh Iris.


“Auchhh! Sakitlah Zulu!” jerit Iris tak puas hati. Angkat kepala nak pandang suami, tapi ternampak mentua dan adik ipar. Automatic dia berdiri tegak.


“Mama… ain..” sengih kelat. Dia betulkan rambut dan berdiri sebelah encik suami. Macam pesalah, mereka tegak tanpa sebutir suara.


“Tak seperti yang mama fikirkan,” ujar Zulu tegas selepas berdiam diri.


“Betul. Zu..Zulu cuma training saja.” Iris bagi jawapan bodoh. Zulu dah mengerling semacam.


“Ehem!” Mama berdeham perlahan. Bibir dikemam. Tak nak nampak dia sedang senyum.


“Ain.. bawa barang tu masuk dapur. Nanti busuk bau ikan tu,” mama bersuara.


Dia pura-pura tak nampak apa yang anak dan menantu buat. Ain pun pandai berlakon. Angkut semua barang-barang dan masuk dapur.


“Abang balik bila ya, ma? Katanya minggu depan dah habis training, kan?”


“Entahlah. Minggu depanlah kut dia balik,”


Suara mereka berdua sayup-sayup kedengaran dari dapur. Iris dan Zulu saling berpandangan. Mama dan Ain tak nampak mereka, atau.. pura-pura tak nampak?


“Mereka tak nampak kita ke?” Iris menyoal.


Zulu gosok leher. Tarik nafas lalu dia hembus panjang. Kaki tak tahu nak melangkah dekat mana. Nak masuk bilik dah tak jadi dah. Malu dah!


Sudahnya, dia atur langkah ke pintu utama. Dahi Iris berkerut.


“You nak pergi mana?”


“Balik kem,”


“Then, kenapa you balik rumah?”


“Nak jenguk you je. Jumpa next week.”


Tak cakap banyak, dia terus menghilang ke dalam kegelapan. Sebaik saja kelibat Zulu menghilang, dia tutup pintu dan terus masuk bilik. Tak sanggup nak jumpa mama dan adik ipar.


Dekat dapur, mereka mengekek ketawa. Tak sangka abang beku tu boleh jadi romantic.


“Tak sangka mamat beku tu romantic jugak ya, mama.” Ain mengekek ketawa. Puan Zaiton balas dengan senyuman.

×