Siapa cakap cinta tidak mengukur paras rupa? Bohong!

Buktinya, perkahwinan yang dia nantikan hancur sekelip mata kerana rupa paras

yang kurang cantik.Tegarnya sekeping hati Adam meranapkan impiannya sekaligus

melunyaikan hatinya.


“Mama nak suruh Adam kahwin dengan dia? To hell! Mama fikir dia layak ke untuk

Adam? Sudahlah gemuk, buruk pula tu! There is no marriage between us. Fullstop!”-

Adam Harris


Dek kerana kecewa, Jelita membawa diri ke bandar. Cuba melupakan peristiwa

kahwin tak jadi sekaligus merawat luka di hati. Namun, siapa sangka takdir kembali

menemukan mereka.


“Aku ingat datang KI boleh jumpa perempuan cun. Alih-alih muka buruk kau juga

terhidang depan mata!" - Adam Harris


Hinaan demi hinaan menjadi santapan Jelita setiap hari sehingga dia naik

lali.Melawan pun tidak. Membenci pun tidak.


Namun, jauh di sudut hati dia terkilan.Rasa rendah diri. Dan di saat itu, hadirnya Ryan

Daniel membawa sedikit cahaya.


“Saya datang nak selamatkan awak daripada Adam. Jom kahwin?" – Ryan Daniel


Gurauan si jejaka buat jantungnya hilang fungsi. Munculnya tanpa diundang.

Membawa senyum di bibir tatkala Adam menyakiti. Melindungi bak seorang

suami.Sekaligus menjemput keyakinan untuk dia bangkit.


Namun, tatkala dia mulakan langkah. Sekali lagi, dia dihidangkan dengan

derita.Bukan setakat cacian, malah sepak terajang menjadi makanan harian. Di layan

tak ubah bak binatang but Jelita hilang harapan. Terhumban ke dalam Lembah

kecewa paling dalam. Mungkin, derita itu miliknya??


×