“Apa yang Althaf buat ni? Tak pernah lagi keturunan

keluarga mama,berkahwin dengan janda. Tiba tiba

bawak balik isteri berstatus janda. Janda ni banyak

masalah! Althaf tahu tak?”- Datin Azean


Tak terkata oleh bibir bila si anak bawak balik

menantu berstatus janda.Punah harapan dia. Hancur

impian dia selama ini.


“Mama tak boleh nak hukum dia macam tu. Kita tak

tahu apa masalah perkahwinan dia sebelum ini. Tak

semestinya dia gagal, berpunca daripada dia.”

- Tuan Althaf


“Kalau dia perempuan yang baik, mustahil suami dia akan ceraikan dia. Itu

maksudnya, dia perempuan yang tak baik! Althaf buta ke? Tak reti nak

menilai ke? Whatever happen, mama tak akan terima dia sebagai

menantu.Never! Mama tak akan pernah anggap dia menantu mama. Di mata

mama,dia cuma orang gaji sahaja. Understand?!” - Datin Azean


Elisanda terngadah. Tapi bukan mengalah. Semakin mentua tak suka

dia,semakin dia cari jalan untuk ambil hati mak mentua. Dia melawa untuk

mentua. Dia memasak, untuk mentua. Dia jaga penampilan, pun untuk

mentua. Sehingga encik suami rasa terabai.


“I rasa you macam kahwin dengan mama pulak. Semua yang you buat,semata

mata nak ambil hati mama.” - Tuan Althaf


“Kau ingat, bila kau cuba jadi menantu terbaik, aku akan terimalah?

Never.Kita tak setaraf. Aku takkan pandang janda macam kau.” - Datin

Azean.


Itu kata mentua. Namun, setelah dia disahkan mengandung. Mama berubah

360 darjah. Dalam membenci, ada suka. Dalam menyampah,mama ambil

berat.


“Aku ambil berat sebab aku bukannya manusia kejam. Aku masih fikir kau tu

manusia. Anak dalam perut kau tak bersalah. Sebab tu aku ambil tahu.Kalau

ikutkan hati, aku tak nak ambil tahu pun. Sebab kita tak setaraf.”-Datin

Azean


Kata mulut. Tapi, lain pulak hatinya. Tanpa sedar, kehadiran si kecil

dalam perutnya merubah segala-galanya. Dari benci menjadi sayang.

×