Cantik bukan penentu untuk suami setia. Baik, belum tentu disukai. Pandai masak,

belum tentu boleh ikat hati suami. Bila berdepan dengan lelaki yang tak cukup satu,

macam tulah hakikatnya. Tak pernah setia dengan yang satu.


Akhirnya, dia diceraikan demi wanita baru. Yang muncul tanpa kata, maka dia

dilepaskan dengan talak 3! Bukan satu. Bukan dua. Tapi, tiga!


“Heera Jasmine, aku ceraikan kau dengan talak 3! Ambil semua baju-baju kau dan

berambus!Jangan muncul depan aku lagi!” Fad Emran


“You ceraikan I sebab perempuan tu? I perempuan yang bersusah senang dengan

you, dan dia dipilih menjadi suri hati you? Okay. You pun jangan sesekali muncul

depan I lagi!” – Heera Jasmine


Jangan harap dia nak menangis untuk lelaki tak guna. Malah, selepas jadi janda,

hidup dia lebih sempurna. Saat yang sama, ada kumbang sedang memerhati bunga.


“Aku ingatkan Dato Jardeen tu tua kerepot. Handsome nak mampus weh! Kalah

orang muda. Hot,dan extraa pedas! Dan aku rasa dia suka kau.” - Meya.


“Aku janda, Meya. Janda macam aku, mana orang pandang. Isteri yang gagal dalam

perkahwinan.Itu cara orang pandang aku.” - Heera Jasmine


“I memang tunggu janda. Janda yang hot dan bergetah macam you. So, will you

marry me?”-Dato Jardeen


Heera bungkam. Setiap masa, ada je cara Dato Jardeen mengusik. Sehingga hati

kembali terusik.


“You nak tercegat depan kaunter ni sampai bila? Tak nak order ke?”


“Teh ais extraa pedass satu!”


“Extraa pedass tu, you maksudkan I ke?”


Malu! Akal menolak, bibir mengiakan. Semakin dia lari, semakin Dato Jardeen

merapat. Dia menolak, Dato Jardeen memaksa. Sehingga dia tak punya pilihan selain

menjadi isteri Dato Jardeen.


“You milik I. Janda milik Dato Jardeen. Remember that!” - Dato Jardeen

×