Sekarang ni, dia confuse dengan Jadd. Memang berubah 100%. Gatal dia tu,memang

tak boleh nak describe macam mana.


Kau bayangkan.. dulu, kalua duduk dekat pun dia dah jeling tajam. Sekarang ni, kalau

duduk jarak 10cm pun dia tarik mendekat. Kata Jadd, kalau duduk sebelah, bahu

kena rapat.Jangan ada ruang pun. Barulah ada kemanisan rumah tangga.


Kemanisan hotak dia! Okay terkasar bahasa. Kalau dah setiap saat kena bersentuhan

bahu macam ni, mahu tak rimas! Dan bila dia protes, mulalahJadd cakap.


“Awak ni kasarlah. Awak ni tak sweetlah. Awak ni garanglah.”


Padahal dia gatal tak kira tempat.


“Jadd, bahu I dah lenguh. Pinggang I pun dah mengecil.” – Nelyn


“Shut-up, sayang. I tengah tengok cerita. Jangan banyak complain. You tau,pahala

you sedang mengalir even you tengok tv. Pasal you dah layan suami you baik-baik.” -

Jadd.


Kalau sekali sekala tak apa. Kalau setiap saat, memang dia akui dia rimas.Sehingga

dia meluahkan rasa itu kepada Jadd. Dan malang tak berbau, ada peristiwa yang tak

diingini berlaku, sekali gus buat mereka menjauh.


“You tak suka I sentuh you sebab you ada lelaki lain ke?”


“You salah faham, Jadd.”


“Oh, really? I sentuh you, you tak suka. Lelaki tu sentuh you, you senyum sampai

telinga. That’s great, Nelyn.”


“You salah faham. Lelaki tu cuma..”


“Kalau nak bercerai. Just tell me.. I will do it.” Nelyn terngadah.


Jadd terluka. Hati dia hancur. Jiwa dia terguris. Dalam taksedar, dia mula berjauh

hati. Sepuluh patah Nelyn tanya, dia diam membisu.

Semakin hari, hubungan mereka semakin dingin. Seperti hatinya yang kering tanpa

baja cinta.

×