Putus tunang? Semua orang terkejut. Tiba tiba si
perempuan hantar cincin. Bulat mata semua orang.
Izraeel yang terkenal dengan gelaran 'buaya' kini
ditinggalkan.
“Really, mama? Reen putuskan pertunangan?"
- Izraeel
“Ya. Katanya, dia dah jumpa lelaki lain yang lagi
hebat dari kamu. Dia pun ada pesan, sila gilapkan skill
‘buaya’ kamu lebih lagi." - Mama
Izraeel terngadah. Bukan setakat terkejut, kena
bantai gelak dengan si abang dan si ipar. Sakit hati
tak payah cakaplah.
“Buaya terkandas? Hmm?" - Maleeq.
“Kuasa buaya tak power lagi, kut." - Zarq.
Dek kerana geram dengan si perempuan, dia kahwin dengan pilihan mama.
Tarikh perkahwinan yang sama! Dia takkan kalah dengan Reen. Dia takkan
menjadi lelaki yang loser.
"I kahwin dengan you sebab sakit hati dengan ex tunang I. So, depan
keluarga kita berlakon baik. Belakang dorang, you buat hal you. I buat hal
I!" - Izraeel.
“Baiklah. Kalau itu yang you minta." - Haura
Itu janji mereka tanpa sesiapa tahu. Malangnya, dalam berlakon, ada rasa
aneh yang singgah. Lakonannya nampak real. Tingkahnya nampak ikhlas.
Sehingga Haura naik hairan. Kata berlakon, tapi ikhlasnya terasa hingga ke
hati.
"You cakap berlakon depan keluarga je. Sekarang ni belakang keluarga, you
tetap buat benda yang sama. You confusekan hati I." - Haura
Dan Izraeel sendiri tak tahu. Sama ada dia sedang berlakon, atau dia
sedang jatuh cinta.