BLURB : ISTERI XXXL COACH GABRIEL (CRYSTAL ANABELLA)

 

BATRISYA atau Bebo jadi mangsa body shamming dek berbadan besar. Tambahan pula, dia bersuamikan Gabriel yang serba sempurna di mata ramai.


“Mana Gabriel berani nak paksa bini dia kuruskan badan. Kena tempeleng dek Bebo, terkehel leher.- Mek Siah.


Sejak dulu, Mek Siah bencikan Bebo. Bebo bersabar kerana hormatkan ibu mertua abang kandungnya itu. Gabriel pula hampir memukul Mek Siah gara-gara mulut puakanya.


“No one can trample your dignity in front of me.” - Gabriel.


Perhatian dan kasih sayang encik suami sudah cukup buat Bebo bahagia. Atas nasihat Gabriel, dia berusaha kuruskan badan.


“Makan kuat, bersenam malas. Lemak bertimbun dalam badan. Nanti kalau suami cari perempuan lain, jangan nak meroyan pulak.” - Hanis.


Risiko bersuamikan lelaki kacak, banyak ‘langau’ mengganggu rumah tangga mereka. Bebo bisa bertahan kerana Gabriel pandai jaga batas pergaulan. Malangnya, satu peristiwa ngeri merubah segalanya.


“Kau melahap lagi banyak-banyak. Macam tak ada otak. Benda simple pun, kau tak boleh fikir!” - Gabriel.

Sekelip mata lelaki penyayang lenyap. Berganti dengan suami kejam dan tak berhati perut. Hari demi Hari, Bebo rasa dia makin tak mengenali Gabriel.


“Akak yang bongkar rahsia kau. Hakikatnya, memang akak yang selamatkan Gabriel. Kau tak reti malu mengaku jadi hero.”- Yasmin


Kemunculan Yasmin memusnahkan segalanya. Dunia Bebo tunggang terbalik. Saat kebenaran terungkap, dia terhenyak.


“Seluar dalam kau pun, aku beli. Ada hati kau nak curang? Patutnya dulu, masa ceti kejar kau, aku biar aje kau mampus kena kerat!”- Bebo.


Kesetiaan berbalas pengkhianatan. Perpisahan jalan terbaik untuk mereka.


“Kau nampak aku pakai beg Birkin dan jam tangan Rolex. Sebab tu kau nak get back kan? Kau berniat nak kikis harta aku lagi.”- Bebo.


Bertahun-tahun membawa diri, takdir tetap menemukan mereka.


​“You tahu yang I tak pernah kikis harta you.”- Gabriel.

​Bila Gabriel menagih cintanya kembali, hati Bebo berbelah bagi. Kerana dia tahu punca perpisahan mereka dulu, bukan salah Gabriel sepenuhnya. Kehadiran Keith, doktor kacak yang menyukai Bebo membakar api cemburu Gabriel.


“Aku nak mengangkang dengan Keith sekali pun, kau peduli apa?”- Bebo.


​“Sejak bila you jadi perempuan murah, Batrisya?”- Gabriel.


Luka yang Gabriel tinggalkan membentuk trauma. Bebo rasa dirinya tak layak dicintai sesiapa pun. Tapi kegigihan Gabriel menyentuh kalbu.


“Dah tak ada apa-apa dah yang I boleh buat untuk kembalikan kebahagiaan kita. I already tried my best. So please, don’t torture my feelings anymore.”- Gabriel.


Apakan daya, bukan semua cinta bisa memiliki. Adakah Bebo bisa memberi Gabriel peluang kedua? Atau lebih baik dia buka buku baru bersama Keith? Pilihan sentiasa ada di tangannya.

×
WhatsApp