“Berjodoh dengan orang asing?
Langsung tak masuk akal! Mana mungkin hati boleh terima lelaki yang langsung dia
tak kenal? Tapi, dia harus terima walau hati tak rela. Demi balas budi! Malangnya…
minggu pertama dia jadi isteri, dia dihadiahkan dengan sebuah tamparan.
“Aku setuju kahwin dengan kau sebab harta papa aku. Dia ugut takkan bagi satu sen
pun kalau aku menikah dengan Angie. Jadi, aku kahwin dengan kau tapi aku takkan
sentuh kau, dan begitulah sebaliknya. Kau jangan sentuh aku. Jari aku pun, kau tak
layak pandang. Apatah lagi muka aku. Tidur bilik asing-asing dan kalau aku ada dekat
ruang tamu dengan kekasih aku, kau kena duduk dalam bilik diam-diam. Faham?!” -
Herraz Radzi
Dia menurut bukan kerana bodoh. Dia cuma bertahan kerana budi. Dia diam, tak
bermakna dia setuju. Dia cuma bersabar sebab hati takde rasa.Namun, lama
kelamaan, kesabaran tetap hilang jua.
“Kalau you nak buat maksiat, bukan dalam rumah ni! You anak orang kaya,you
tempahlah hotel! Tak pun belikan rumah baru untuk kekasih gelapy ou! Dan sekali lagi
you berkasar dengan I, tampar I sesuka hati you, I takkan teragak-agak untuk buat
report Polis. I tak teragak-agak untuk blah dari rumah ni. I bukan anak patung yang
bodoh, I cuma bersabar demi keluarga.” Freya.
Tak tahan dengan perangai Rraz, akhirnya dia keluar rumah. Pedulikan budi,hati dia
harus dijaga.
Awalnya, kehilangan Freya tak memberi makna apa-apa. Tapi, disebalik hati,ada rasa
aneh yang muncul. Rasa sepi bila Freya tiada. Rasa sakit bila lelaki lain cuba
mendekati cik isteri. Lalu, hati membelot pada diri sendiri. Freya dia tahan kembali ke
dalam hidupnya.
“Kau isteri aku. Tempat kau dalam rumah aku, di sisi aku. Aku takkan sesekali
lepaskan kau. Dan kau takkan sesekali boleh pergi jauh dari aku.”
“I isteri yang tak dirindukan. Jadi, kenapa you buat semua ni? Kenapa you
confusekan hati I dan hati you sendiri? You dah ada Angie.”
“Shut-up your mouth. You are mine, and always be mine! No one can change that.”
Lalu, Herraz Radzi ikat Freya lebih kemas dan erat. Tak dibiarkan terlepas, hatta
sesaat. Isteri yang tak dirindukan itu hanya milik dia, dan selamanya milik dia!