Berbekalkan dendam yang tidak bernoktah, Irvans telah melakukan satu kesilapan besar dalam hidupnya. Kewujudan Iman, belaan keluarganya yang dianggap parasit telah menjadikan kehidupan Irvans kucar-kacir. Segala yang dilihat hanyalah kesalahan meskipun hanya sekecil semut. Kesilapan yang pada awalnya bersulamkan dendam semakin lama semakin membakar diri lelaki itu sehingga memaksanya membawa diri entah ke mana.

Kedatangan Iman secara tiba-tiba telah mengetuk kembali pintu hati Irvans yang telah mati. Demi sebuah keegoan yang dijulang tinggi, nista dan caci tak lekang dari bibirnya tanpa dia mengetahui asbab dan alasan kehadiran gadis itu di hadapan matanya. Tangannya begitu ringan menyakiti. Segala-gala yang ada pada Irvans sememangnya bisa membunuh! Takdir pula mengikat mereka ke dalam sebuah perkahwinan.

“Permintaan kau sebelum ini, menikah dengan kau. You asked for it, Iman. Why did you ran away? Permainan kita masih belum tamat.” – Irvans

“Aku tak puas kalau kau mati. Belum cukup puas sebenarnya. Mati itu terlalu senang. Aku tak akan biarkan kau hidup dengan tenang apalagi dengan kematian.”- Irvans

Tutur kata lelaki itu tidak pernah sekalipun menyenangkan malah semakin meranapkan jiwa perempuan seorang Iman. Kemunculan Tuan Abbas dengan dibayangi Wisit di belakangnya telah menimbulkan tanda tanya buat Irvans sehingga dia meragui status gadis yang dikahwininya itu.

Siapakah Tuan Abbas yang sebenarnya? Iman sendiri tiada jawapan untuk itu kerana dirinya juga dipungut, hasil perlakuan seorang manusia yang bertopengkan syaitan.

“Aku tak akan memperdagangkan anak aku sendiri.” – Tuan Abbas

“Saya tahu saya bala. Bala yang awak benci. Entah siapalah saya dekat mata awak.” - Iman “You are like a wildflower. Growing in beauty. And, I’m shit.” – Irvans

Mengapakah takdir selalu tidak berpihak kepada Iman? Di manakah peluang bahagia yang selama ini diidam-idamkan oleh seorang perempuan yang tiada upaya ini?

Mampukah Irvans membelakangkan segala rahsia yang bakal terungkap antara dirinya dan Iman? Sekuat manakah Iman untuk memaafkan?

×
WhatsApp