HULYA: THE DEVOTED WIFE
SINOPSIS:
Dia lelaki tersakiti. Setia dan cintanya dihumban sang isteri saat menjalin hubungan terlarang di belakangnya. Namun kematian mendadak si isteri bukanlah pengubat kepada trauma yang telah terpahat. Bertahun-tahun hati dibiar kosong dan sepi.
"Apa lagi yang tak cukup I beri pada you selama ni hah? Kasih sayang, cinta, seluruh jiwa raga I dah serahkan pada you Karina. Apa lagi yang tak cukup?! Atau you dah bosan dengan sentuhan I? Jadi you kemaruk dengan sentuhan jantan lain pulak?!" – Haq
Faruqi
Hulya, si gadis yang hidupnya juga tak seindah pelangi. Selaku anak sulung, berat pundaknya dibebani tanggungjawab terhadap keluarga di kampung, apatah lagi menjadi satu-satunya manusia yang dibenci si ibu tiri. Segala tingkahnya menjengkelkan di mata itu.
Ketenangan hidup yang Haq rasakan selama dua tahun kini direnggut pergi dek kehadiran Hulya. Ingatkan lembutnya bagai perempuan melayu terakhir, rupanya berdarah pahlawan juga. Namun hati si ibu sudah terpaut!
"Kalau saya kemaruk sangat nak kahwin, saya takkan kahwin dengan Encik Haq la. Lebih baik la saya cari lelaki bujang. Sekurang-kurangnya saya isteri pertama dia, perempuan pertama yang dia sentuh!" - Hulya
"Tapi kau kena tahu yang aku duda, maknanya aku banyakkk...pengalaman. Especially in bed," - Haq
Si duda dan si dara diikat ijab dan qabul. Gila! Percaturan ini mengundang bahaya, kata Haq. Namun bila pintu hati telah terbuka, dinding ego runtuh menyembah bumi, terpaksa diakui dirinya sudah jatuh cinta!.
Namun kebahagia dan setia sang isteri sekali lagi diuji dengan kehadiran Lukman, dan mata-mata jahat yang tak senang melihat kebahagiaan mereka.
"Kau curang Hulya, kau curang! Mana janji kau untuk setia? Mana janji yang setia kau tiada tarikh luput? Mana?!!" - Haq
"Demi Allah Uya tak buat semua tu abang. Uya mengandung abang. Uya pregnant!" – Hulya
"Betul ke anak aku masalahnya? Betul ke benih aku? Ataupun benih jantan ni?!!" - Haq
Hulya digantung tak bertali. Namun setia seorang isteri tetap tak berganjak, kerana setia seorang Hulya tiada tarikh luputnya! Akan dibuktikan.