BLURB HUD ELAINES

 

Semuanya tiba-tiba. Menerima seorang lelaki yang sebelum ini dia kenal sebagai tunang orang, mahu tak pelik untuk Elainies hadam? Cuma dia berpegang pada ayat, jika lelaki itu yang uminya pilih, bermakna lelaki itu layak menjadi suami. Dan mereka memang berjodoh saat lafaz ijab diungkapkan. Cuma bukan biasa-biasa dugaan yang harus Elainies tempuhi untuk belajar mencintai suami sendiri dalam waktu yang tiba-tiba itu.

 

“Abang nak anak, sebab tu abang kahwin. Sebab abang nak anak, mama nak cucu.”

“Maknanya abang putus tunang sebelum ni sebab tunang abang tu masih belum nak kahwin?” – Elainies.

 

Siapa yang tak nak anak selepas kahwin? Elainies pun sama. Cuma dia rasa suaminya agak memaksa dan tergesa-gesa.

 

“Abang memang nak kita ada anak secepat mungkin. Masa... mungkin takkan tunggu kita, sayang. Abang akan usahakan untuk kita tak terpisah. Tapi kalau berlaku jugak, kita tak boleh nak halang, kan?” – Hud Haydar.

 

Elainies bingung untuk menurut. Lebih hebat juga dugaan yang dia perlu hadap bila bekas tunang suaminya muncul di depan mata.

 

“Tiga tahun kami bertunang, Nies rasa logik ke akak putuskan pertunangan kami?”


“Akak ada jumpa lelaki yang lebih kaya daripada Hud?”


“Akak tak sanggup hilang Hud. Akak cintakan dia sangat-sangat. Bukan sekejap masa kami bercinta.” – Fariza.


“Dah tu sekarang akak nak bagitahu saya yang akak menyesal lepaskan Hud? Akak nak dia balik? Akak nak mintak dia daripada saya?”

 

Elainies tak mungkin melepaskan lelaki yang dah menjadi miliknya. Berkongsi pun dia tak sanggup. Tapi apa yang patut dia buat bila Hud sendiri memilih jalan itu.



“Nies belum pernah jumpa Kak Faz, kan? Abang kenalkan ini Fariza, tunang abang.”

 

 

Apa lagi yang Elainies mampu lakukan jika Hud sendiri benar melupakan dia? Apa sebenarnya yang menimpa? Kenapa semudah itu Hud putus tunang sebelum mereka kahwin tergesa-gesa jika sekarang hubungan yang terputus itu mahu dijalin kembali? Kenapa juga dia yang harus menjadi mangsa?

 

“Kenapa Nies yang abang pilih?”


“Sebab abang tahu Nies kuat.” – Hud Haydar.


“Sekarang akak dah get-back dengan Hud. Kami akan kahwin.” - Fariza


“Over my dead body! Hud tu suami saya!” – Elainies.

 

Mampukah Elainies memiliki suaminya kembali dan mempertahankan perhubungan mereka? Atau dia akan tetap kehilangan Hud Haydar? Betullah dia pilihan kedua Hud, tapi dia yang terlebih dahulu bergelar isteri.

×
WhatsApp