Cinta Qaizer untuk Tyara diketahui ramai orang. Namun, Tyara enggan membalas perasaan pemuda itu. Separuh hatinya menyukai Qaizer. Separuh lagi bertinta benci. Benci atas dosa yang tak pernah dilakukan Qaizer.

“You better call my name after this.

Kalau tak…” - Qaizer “Kalau tak, apa? Awak nak buat apa

pada saya?” - Tyara “I akan penuhkan fikiran you dengan

kewujudan I. Setiap hari, setiap saat. Sampai you tak boleh fikirkan lelaki lain. And in all your dreams, you’ll call my name. Mine and mine only.”- Qaizer

Qaizer tak pernah menyerah kalah untuk memiliki hati seorang

Tyara. Malangnya, pelbagai dugaan memunculkan diri. “I tahu I tak handsome. Abang kembar you lebih handsome

berbanding I. Dan I tahu ramai lelaki minat you. Semuanya lebih handsome dan kaya berbanding I. Jadi, I pun pelik kenapa you suka I?” - Ali.

Kehadiran Ali yang bagai hantu menggangu ketenangan Qaizer.

Sekelip mata cinta Tyara berubah arah. Mengapa Ali jadi pilihan Tyara? Tiada siapa yang tahu.

“You pun jangan menangis kalau Ali dan Abang Q sama-sama

cintakan I. Lelaki baik macam Abang Q layak untuk perempuan macam I saja. Perempuan macam you, tak sesuai dibuat bini. Sila main jauh-jauh.” - Mawar.

Tyara bencikan Mawar sejak kecil. Baginya gadis itu pembawa

duka. Hatinya meronta-ronta cemburu tatkala hubungan Qaizer dan Mawar semakin berkembang. Bagaimana dengan Ali? Dia tak bisa memiliki dua hati dalam masa yang sama.

“You don’t even like me. Why did you act like you’re jealous?”

- Qaizer “Jangan fikir orang lain boleh rampas awak dari saya.

Terutamanya perempuan tu!” - Tyara. Kadang-kadang kegilaan Tyara melampaui batasan akal. Qaizer

bingung memikirkan cara meneruskan hubungan mereka. Adakah cintanya bisa bertahan hingga ke akhir hayat? Dan apakah sebenarnya rahsia yang disorokkan Tyara selama ini?

×
WhatsApp