Semua orang tak berani nak mengorat dia sebab dua makhluk yang over protective,
Maleeq dan Izraeel. Gelaran Angel of Death diberikan kepada mereka kerana semua
calon yang dia kenalkan, di reject mentah – mentah oleh mereka. Sehingga Heyna
putus asa untuk berkahwin.
Namun, hatinya ingin dicintai. Sekali lagi dia mencuba dengan harapan Zarq Aadwa
menjadi pilihan.
“Abang I menakutkan, Zarq. Izraeel tu ibarat pencabut nyawa. Maleeq tu pula seakan
penjaga pintu neraka. Sesuai dengan nama mereka. Sekali dia cabut nyawa you dan
humban terus masuk neraka. Tak ada kompromi nak masuk syurga. Jadi,you kena
ambil hati dorang elok – elok. Pastikan you berjaya” – Heyna
“Do you think I’m human baby?” – Zarq
Masalah bila kekasih hati lebih ego berbanding si abang.
Unpredictable and savage.Menakutkan. Dan apa yang dia risaukan menjadi
kenyataan. Takdir yang menemukan Zarq dan Maleeq dalam keadaan yang
menyakitkan hati.
“Konfirm abang Maleeq akan reject you! Kita berdua takkan menikah. You dah buat
benda tak sepatutnya!”
Namun, lain yang jadi. Entah macam mana, Zarq Adwa diterima bulat-bulat sehingga
Heyna kebingungan.
“Kalau macam ni gayanya, susah nak reject calon adik. Dia buat apa yang kau
buat,long. He’s the devil.” - Izraeel.
“Aku rasa adik balas dendam dekat kita. She bring the devil.” – Maleeq
Seakan takdir yang tercipta, mereka disatukan sebagai suami isteri. Belum sempat
Heyna senyum lebar, sekali lagi dia pening kepala. Bukan kerana si suami dibenci
abang, tapi, Zarq diterima baik sehingga dia terabai. The Three Musketer, Heyna
gelarkan.