“Jaja, aku rasa aku dah jatuh cinta dengan bapak kau. Sudi tak kau terima aku

sebagai mak tiri?” – Clarissa


“Kau gila apa? Kau kawan aku, kut. Seram bila fikir balik.” – Jaja


Mustahil dia izinkan. Kawan baik, mana mungkin akan jadi mak tiri. Tapi,ada sesuatu

yang dia tak boleh menolak.


“Lelaki yang kau suka tadi tu, abang aku. Kalau kau nak berkenalan dengan dia, aku

boleh uruskan. Dengan syarat, aku jadi mak tiri kau.”


Kerja gila, mereka buat sistem barter. Tukar si abang dengan duda tua ‘panas’ yang

menggetarkan hati. Greenlight daripada Jaja, tapi sebaliknya dari daddy Jaja.


“You tak nampak I dah beruban? Muka pun dah. berkedut. Still nak mengorat bapak

kawan you sendiri?”


“Uban tu hots. I like it, abang. Nanti kita boleh cabut uban sama-sama.”


Semakin Ghazi menolak, semakin Clarissa mengejar sehingga perkara tak masuk

akal mula terjadi. Kena culiklah, kena tangkap polis lah. Sampai dia naik pening

dengan perangai si anak serta Clarissa. Duo yang memeningkan kepala.

Namun, siapa sangka takdir yang tertulis. Hadir nya bekas isteri,menyatukan jodoh

dia dengan Clarissa. Dek kerana geram, dia termengaku Clarissa sebagai tunang.


“She’s my fiance! So, please jangan ganggu kami lagi.”


Clarissalah orang paling gembira dengan berita itu. Walaupun Ghazi cuma terpaksa

cakap sebab tak punya pilihan ketika itu, bagi dia apa yang keluar dari bibir Ghazi

harus direalisasikan.


“Rissa tak kira. Abang bergurau ke tak, bulan depan kita kahwin. I’m ready to be your

wife dan mama baru kepada Jaja.”


Perangai gila Clarissa memeningkan kepala semua orang. Semakin menolak,

semakin kuat magnet yang terikat. Ghazi tak punya pilihan. Jaja terpaksa redha. Dan

mama hanya ada satu pilihan. Kahwinkan mereka walaupun hati menolak


×