Perkahwinan pilihan keluarga. Tapi, bukan tipikal kahwin paksa.
Dia terima Haider sebagai suami dengan rela hati demi usia yang sudah lanjut.
Helena fikir, senang sikit bila kahwin dengan orang yang dia tak kenal. Dia tak perlu
layan seperti seorang suami.
Malangnya, sangkaan dia jauh meleset.Berkahwin dengan Haider, ibarat humban diri
sendiri ke mulut buaya.Huru-hara! Muka nampak cool, tapi miangnya kalah ulat bulu.
"I manusia biasa. Lelaki yang ada nafsu. Takkan I nak tengoksajaikantergolek depan
mata." - Haider
Gila apa nak 'bersama' dengan orang yang dia tak cinta. Berkahwin dengan random
lelaki, itu dah kerja gila dia pernah buat. Dan dia takkan buat kerja gila kali kedua!
"Kita berkahwin sebab mama je tau. Jangan berangan lebih. I tak cintakan you. " -
Helena
“Cinta tu nombor dua. Yang penting, you sihat. I kuat. Maka, lahirlah cinta kita." -
Haider.
Haider yang kuat menyakat. Yang suka mengusik. Tanpa sedar, hati terpaut suka
dalam diam.
Namun, nak mengaku, belum terlintas sebab dalam manis bicara Haider. Ada
racunnya. Kadang kala, hati tisu mudah terasa.
"Bangun subuh, Helena. Neraka dah nganga mulut dah. Sikit lagi nak kena jilat api."
Disebabkan mulut laser dia tu, Helena simpan perasaan saying jauh jauh dalam hati.
Dia agungkan ego, hambakan perasaan. Lantas, hati Haider mula menjauh. Usaha
seorang suami mula pudar. Tambahan pula, ada bunga sedang mencuit hati sang
lelaki.
"Dia bukan isteri. Tapi, dia pandai bagi kasih sayang yang I cari selama ini."
Helena terngadah. Hati mula tercabar apabila dia terpaksa bersaing dengan wanita
yang tarafnya lebih rendah daripada dia.
"Jom lahirkan 'cinta'. I tak suka buang masa."
Dek kerana takut kehilangan, dia mula merelakan. Menggoda Haider dengan caranya
tersendiri. Rela bertukar jadi perempuan paling seksi demi melawan sang penyondol
seksi tak tahu malu. Buang segala ego, simpan sikap malu, dia menjadi seorang
penggoda.
"I tak suka tanah kebun yang I jaga, kena sondol dek Bab1. Penat-penat I bercucuk
tanam."
Siapa sangka, isteri yang pemalu rupanya penggoda kelas atasan. Haider mula
terbuai. Malangnya.. Di saat kebahagiaan mula menghampiri, satu kemalangan
berlaku memisahkan mereka. Tanpa rela, Jiwa direntap pergi.. Hati yang setia kini
mati seiring waktu berlalu.