“You awal-awal lagi dah tahu kan, yang I lamar you tanpa cinta, tapi kenapa you terima
lamaran I? Kenapa you sanggup pertaruhkan hati you untuk ikatan tanpa apa-apa
makna ini?”
Suara yang bergema dicuping telinganya memaksa Delara mengangkat wajah. Sesaat
Cuma dia pandang wajah Qays sebelum dia tunduk kembali.
“Sebab you jodoh I.” ringkas jawapan Delara tanpa memandang suaminya. Tangan
pula ligat menconteng kertas putih sebesar A4 dengan tekun.
“Itu bukan jawapan tepat kepada soalan I, Delara.” Balas Qays sarkastik. Pensel di
tangan isteri dia rampas menyebabkan spontan Delara mendonggak ke arahnya.
Senyuman sinis dibalas apabila Delara menjegil mata ke arahnya.
“Habis tu, you nak i jawab apa? Kalau bukan kerana jodoh, i tak mungkin ada dekat
sini,depan you.” Suara di celah gigi kedengaran. Bertambah sakit hatinya apabila
cubaan untuk merampas pensel di tangan Qays tidak Berjaya. Dia ketap bibir geram.
“Qays Ezmir, I ada kerja nak siapkan. Jadi, tolong pulangkan pensel I.” Dia hulur
tangan,sambil cuba mengumpul kesabaran di hati. Masa orang tengah busylah dia
nak tanya soalan merapu.
“Not until you answer my question.” Balas Qays selamba sambil pusing pensel
ditangannya.
Delara Damia mendengus geram. Badan disandar kasar ke kerusi lalu tangan
disilangkan ke dada. “Fine! I terima lamaran you sebab, you bagi I offer yang menarik.
Siapa tak nak jadi isteri kepada lelaki kaya, kacak bergaya dan digilai ramai. Duduk
rumah, goyang kaki jadi mem besar. Tak bodoh ke kalau I tolak lamaran seperti itu?”
Pandangan di alih ke kiri apabila Qays merenung tajam ke arahnya. Nafas disedut
dalam menenangkan hati yang terasa pedih. Pedih kerana dia sedang menipu.
“Are you sure tu jawapan terbaik daripada you?” dingin dia bertanya. Tak tahu
kenapa, hati dia tidak senang dengan jawapan Delara. Ada satu perasaan halus yang
sukar untuk dia tafsirkan. Kecewa?
Delara angguk laju. Dan hingga ke saat ini, dia masih lagi menoleh ke kiri. Pandangan
di hala jauh keluar tingkap. Bergerak-gerak rahang dia menahan sebak berkumpul di
dada.
“Pandang muka I bila I sedang bercakap dengan you,Delara Damia.” Arah Qays tegas.
Dia pegang kedua-dua belah pipi Delara dengan tapak tangan, lalu dibawa
menghadapnya.
“You nak apa sebenarnya ni Qays. You tak nampak ke I tengah busy sekarang
ni.”Sedingin salju dia melontarkan suara. Tangan Qays dia jatuhkan dengan kasar.
“Y.O.U.R A.N.S.W.E.R!!” Kedua-dua belah tangan ditongkat ke atas meja, manakala
kepala dijatuhkan dan menatap tajam wajah si isteri.
“And you fikir I tengah menari tadi?”perli dia sarkastik. “You nak I jawab macam mana
lagi?!” suaranya ditekan sedikit. Geram dengan tingkah Qays yang tak pernah nak
memahami. Yang hanya tahu memerintah. Jujur dia katakan, ada ketika dia rasa putus
asa dengan ego Qays. Ada masa, dia rasa penat dan lelah dengan permainan yang
diatur oleh Qays Ezmir. Dan ada ketika, dia tidak kuat untuk menyembuhkan luka di hati.
“Selagi jawapan you..”
“Yes. I kahwin dengan you sebab I cintakan you. Dan I sanggup jadi isteri you walaupun
I tahu you tak pernah cintakan I. Walaupun you sentiasa lukakan hati I, I rela sebab I dah
jatuh sayang dengan you. Itu jawapan yang you nak dengar kan?” suaranya bergema
diseluruh ruang bilik. Kuat, tapi masih dalam kawalan lagi. Mungkin terkejut dengan
suara lantang Delara, Qays turut berdiri tegak. Sesaat, suasana sepi diantara mereka
dan hanya mata yang mainkan peranan. Dia rasakan air hangat mula bergenang
dikelopak matanya.
“Tapi, apa bezanya bila I jujur dengan you? Apa yang I dapat Qays Ezmir walaupun I hati
sering merindui You? Selama I jadi isteri you, pernah ke you fikir perasaan I selain
daripada EGO you? Ada ke you cuba nak jaga hati i? Pernah ke you fikir semua itu
walapun sesaat? Setiap saat, setiap detik, I terpaksa kuatkan hati I, tabahkan hati sendiri
untuk berdiri disisi you. Dan apa yang I dapat? I sebagai isteri you, tak ada beza pun
dengan perempuan-perempuan kelab malam yang sering you angkut.” Suara yang mula
bergetar, sedaya upaya dia kawal. Mata dikerdipkan berkali-kali agar air hangat tidak
menitis.
Qays Ezmir tersentak, namun dia tayang wajah selamba. “I dah beri you pilihan, tapi you
yang memilih derita. Teruskan mencintai I, sebab itu memang tugas seorang isteri. Dan
tabahkan hati you untuk selama-lamanya agar you terus bertahan untuk mencintai tetapi
bukan dicintai. I dah bagitahu you awal-awal lagi, yang i tak akan pernah mencintai you,
mahupun sesiapa. Just keep it up and be strong dear.” Balas Qays angkuh.
Dan saat langkah Qays, hilang daripada pandangan, kakinya bagaikan hilang tenaga.
Allah,.