Perasaan sayang buat Mellisa tak pernah pudar, tak luntur di mamah waktu.Namun,
bila mama menetapkan tarikh perkahwinannya dengan Mellisa,perasan benci meluapluap datang tanpa dipinta.
"Saya sayang awak. Sayang sehingga takut kehilangan. Tapi, saya tak pernah
cintakan awak. Sayang dan cinta dua perkara berbeza. So, please Mellisa. Tolak
lamaran mama." - Geza Amsyar
Mustahil dia ingin menikahi Mellisa sedangkan dia punya seseorang dalam hati.
Menyemai cinta bertahun lamanya.
"Sayang tapi tak cinta? How funny, Geza. Macam mana awak belah hati awak macam
tu?" - Mellisa.
Asalnya, dia ingin menolak. Malangnya, bicara angkuh si kawan baik, buat dia
tercabar.
"Terima lamaran mama, awak akan menderita seumur hidup. Saya tak mungkin akan
mencintai awak selain daripada buah hati saya. Tak mungkin." - Geza Amsyar
"Then, saya akan terima lamaran mama. Kita akan berkahwin." – Mellisa
Dek kerana tercabar, Mellisa berdegil. Setelah akad terlafaz, bermulalah episod duka
dalam hidupnya. Di dera emosi serta fizikal oleh sang suami. Walaupun berstatus
suami isteri, tapi mereka bagaikan orang asing.
Tiada bisikan romantis. Tiada kemesraan.Hanya kedukaan semata-mata.
"Semalam tu, jangan salah faham. Bila perempuan dan lelaki berdua-duaan,mesti ada
yang ketiga. Apa yang berlaku semalam, adalah godaan syaitan.Aku tak ada niat nak
buat benda tu." -Geza Amsyar
Dan hati, terluka sedalam-dalamnya. Terhenyak dalam kepedihan. Tiada lagi warna
kegembiraan setelah menjadi isteri Geza Amsyar.
Sekeping hati itu, terlalu ego untuk menerima takdir. Sehingga dia menjadi mangsa
kekejaman Geza. Hati tertutup. Jiwa terluka. Tiada lagi cinta buat Geza Amsyar.
Lalu, Mellisa nekad untuk melepaskan segala-galanya. Melangkah jauh daripada
hidup Geza.
Dan bila saat kehilangan, barulah Geza mengerti akan cinta yang wujud buat Mellisa.
Namun, segala galanya dah berubah. Mellisa telah pergi jauh daripada
hidupnya.Walaupun merayu, tak akan mungkin kembali.