“Mama tak nak menantu anak yatim piatu. Kita tak tahu macam mana keturunannya.
Lagipun, dia tak berharta. Tak setaraf. Tak sekufu.”-PuanMarini
Tanpa mengenali, dia direject kerana status. Anak yatim dan miskin. Yang paling
menyedihkan, lelaki yang dia sangka akan menjaganya turut membuangnya tanpa
belas.
Tanpa setitis air mata, dia bangkit dari kesedihan. Sekaligus menerima lamaran dari
encik bos walaupun tanpa rasa cinta di hati.
“I tahu you ada reason lain berkahwin dengan I. kalau tak, takkan you buat keputusan
mendadak macam ni. Tell me, Evelyn.” - Arsell
“Sebab you kaya. Sebab you handsome. Dan I semakin tua. Kalau I masih jual mahal,
mungkin I tak laku dah lepas ni.” - Evelyn.
Alasan je semua tu. Padahal, dia terima lamaran Arsell untuk menyakitkan hati Puan
Marini a.k.a mak tiri baru Arsell.
“You mampu hidup dengan lelaki yang you tak cinta? Lepas kahwin, I taknak ada
peraturan mengarut-mengarut dari you. I tak nak ada boundaries antara kita. I tak nak
‘waiting.’
Ini yang buat dia tak senang duduk sebenarnya. Keadaan mereka selepas berkahwin.
Tapi, demi membalas dendam, dia sanggup berpura-pura termasuk menipu tarikh
datang bulannya. Sanggup solat secara diam-diam sebab tak nak jalankan
tanggungjawab sebagai isteri.
Malangnya, semakin dia jual mahal, semakin Arsell menggoda sehingga tanpa
usikanArsell, dia rasa sesuatu yang hilang.
“Kenapa dah tak kiss dan peluk macam sebelum nak? Dah bosan?Dah tak suka?
Macam tulah perangai lelaki. Awal-awal je beria. Lepas dah bosan,terus ignore
macam stranger.”
Tak ada angin, tak ada ribut. Dia kena sound. Arsell garu kepala. Buntu. Kelu lidah
bila Evelyn melancarkan perang dingin tanpa tahu di mana salahnya.
“It’s okay to touch you? You tak akan minta cerai? I lelaki normal. Jangan uji
kesabaran I sangat.” - Arsell
Dalam jual mahal, dia tak sedar dirinya sudah terpaut dengan Arsell sehingga dia
terlupa niat asalnya untuk menyakiti Puan Marini. Sibuk jatuh cinta dengan Arsell
sehingga dia lupa apa itu dendam.
Tapi, untuk mengaku. Bibir terlalu berat. Untuk menolak, aura Arsell terlalu kuat.
Lantas,dia berserah dan biarkan jalan takdir membawa cerita mereka. Sama ada
indah, atau sebaliknya.