Kematian mama, mengubah segala-galanya. Dia fikir, harta mama bakal diagihkan.

Malangnya, hanya satu nama saja yang layak!


Nur Estella!


Gadis yang entah muncul dari mana. Gadis yang tak pernah dia kenal. Namanya

diseru tatkala wasiat dibaca. Kesemua harta mama, milik anak yatim itu!

Eidriz terduduk.


“Siapa perempuan tu, kaklong? Kenapa harta mama semua milik dia? Dia takde kena

mengena dengan keluarga kita! And kalau Eid nak harta tu, Eid kena kahwin dengan

dia?? Wasiat jenis apa ni?” - Eidriz


“Kenapa sekarang baru nak pertikaikan? Kenapa masa mama sakit, Eid tak pernah

balik? Mama tunggu Eid. Mama tunggu Arash. Tapi, mana korang? Mama meninggal

baru nak balik? Dah takde guna, Eid. Takde guna! Estella yang jaga mama selama ni.

Jadi, dia berhak!” - Ulya


Eidriz bengang! Perempuan tu tak layak! Semua harta tu, milik dia! Bukan Estella. Dia

takkan lepaskan satu sen pun harta tu kepada Estella. Lalu, pernikahan berlangsung.

Estella menjadi galang ganti harta mama.


“Enam bulan dari sekarang, kau serahkan semua harta mama aku! Kau tak layak satu

sen pun! Enam bulan selepas, aku akan ceraikan kau!” - Eidriz


Bila hati disulam rasa benci, pasti layanan jugak tak semanis kurma. Emosi Estella di

dera. Hati Estella dilukai. Jiwa si isteri dia hancurkan.


“Kalau you nak harta, tak perlu tunggu 6 bulan, Eidriz. I boleh sign aggreement tu

sekarang jugak. I tak hingin harta you. Apatah lagi jadi isteri pada lelaki yang tak

punya rasa. You boleh ceraikan I sekarang.” - Estella


“Kau ingat aku bodoh? Kalau aku ceraikan kau sekarang, aku tak dapat apa pun!

Sekalipun kau rela, aku tetap tak dapat apa! Stay dengan aku 6 bulan dan serahkan

semuanya pada aku.” - Eidriz


6 bulan menjadi isteri Eidriz, hidupnya seperti roller coster. Perangai Eidriz yang

berubah-rubah, buat hatinya tak tetap. Adakala Eidriz kejam, adakala dia manja.

Adakala dia tak peduli, adakala dia terlalu peduli.


Bila tiba masa, Estella lupakan soal hati. Dia fikir soal emosi. Perjanjian

ditandatangani. Harta Datin Amena, dia serahkan pada Eidriz. Lalu, langkah kaki

diatur keluar daripada rumah itu. Jauh daripada Eidriz. Kerana dia tahu, dia tak layak

untuk lelaki yang serba sempurna itu.


Eidriz fikir dia berjaya. Malangya, disaat perginya Estella ada rindu yang bertapak.
Rindu yang tak mampu dia ungkapkan dengan kata. Hati kata membenci, tapi dia
lakukan sebaliknya. Lalu, dia mengikat semula ikatan mereka.

“Stay here. Don’t go.”

“Perjanjian kita cuma 6 bulan je, Eidriz. Tiba masa untuk kita ikut haluan masing-masing.”

“Aku suruh anak aku dalam kandungan tu yang stay. Kalau kau nak pergi, pergilah.
Tinggalkan perut kau dekat rumah ni.”

Estella terngadah. Macam mana tuan sendiri tak sedar mengandung? Kuat hatinya
menafikan, namun jawapan adalah sebaliknya. Dia terduduk tanpa bicara. Sekali lagi,
ikatan mereka tersimpul rapi! Namun, dalam versi berbeza.
×