Masalah bila berkahwin, dua-dua jenis pemalu. Dia
pemalu versi malu-malu kucing, Haqiem pulak pemalu
versi tak nak mengaku.
Tidur berasingan. Tersentuh jemari, ibarat terkena
renjatan elektrik. Saat bertentang mata, terasa
jantung disalai haba. Sehingga mama terpaksa masuk
campur.
“Kalau macam nilah gaya korang, sampai matilah mama
takkan merasa timang cucu. Punyalah besar katil
mama belikan, lantai jugak jadi tempat tidur. Mulai
harini, setiap minggu korang berdua tak dibenarkan
keluar dari rumah. Just, pandang antara satu sama
lain.” - Mama
Hancur dunia seketika bila mama masuk campur dan tetapkan jadual mereka.
Terasa diri seperti tahanan. Dan Cinta tak mampu nak hadap kehidupan
seperti itu. Lantas, dia bukak langkah pertama... dia yang goda encik suami.
Tepiskan segala sifat malu, dia tebalkan muka.
“Touch me...” - Cinta
“I kena start dulu ke?” - Haqiem
“Habis tu, nak suruh jiran sebelah start dulu?” - Cinta
Malangnya... Haqiem sentuh dia macam angkat plastik sampah.
“I sampah ke? You pegang macam pegang plastik sampah. Jijik sangat ke?”-
Cinta
“My bad. Sorry.” - Haqiem
Mulanya, dia fikir Haqiem memang jenis zero bab hati dan perasaan.
Jadi,dia adalah guru kepada Haqiem. Namun, lama kelamaan encik suami
berubah 360 darjah. Buat hatinya dilanda risau.
“Gaya gini bukan macam pemalu. Tapi, kucing gatal. Ghisaaauah..”-Cinta
Mana taknya. Pantang ada peluang, Haqiem mesti menempel. Sehingga
dia rasa rimas, dan mama pun tarik balik kata-kata dia. Macam mana
seorang pemalu boleh bertukar jadi lelaki paling miang? Menyeramkan.
Tapi, yang miang itu lagi seronok berbanding yang diam.