Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa, untuk berkongsi kehidupan berumahtangga yang dipenuhi cinta serta kasih sayang. Namun, bagi Emir, perkahwinan yang dia bina hanyalah kerana nafsu semata-mata. Dia mengahwini Zeara hanya untuk merasai dan memiliki. Selebihnya, dia ketepikan.
“Aku kahwin dengan dia sbb nafsu. Dia cantik. Aku ingin memiliki. Cinta tu, macam tak penting sangat. Asalkan dua dua ada nafsu. Ingin mencuba..” - Emir
“Dan dia setuju? Perempuan bodoh mana yang sudi disentuh sebab nafsu?” - Aiman
“Bukan sebab nafsu. Mungkin sebab aku kacak. Kaya. Berkerjaya. Alaa.. perempuan zaman sekarang memang macam tulah.. apa nak hairan. Kahwin tu syarat je pun.”
“Give and take. Aku nak ‘body’ dia. Dia nak kemewahan aku. Simple je kan?” - Emir
Zeara hanya wujud, bila dia perlukan. Terutama di malam hari, Zeara di layan bak puteri. Di siang hari, Zeara ibarat halimunan. Tak nampak dek mata, tak rasa dek hati. Dalam erti kata lain, Zeara ibarat peneman di kala kesepian sahaja.
“I ibarat ‘perempuan simpanan’ you je. Di cari bila diperlukan, di buang bila you tak nak guna.” - Zeara
“Dah memang sebab tu je aku kahwin dengan kau. Kenapa tiba-tiba nak demand? Teringin nak jadi isteri sebenar aku ke? In your dream, Zeara.” - Emir
Hati terguris. Pedih hakikat yang terbentang. Dulu, dia fikir perkahwinan ni hanya menguntungkan dia. Malangnya, tak sedar hati semakin mencintai dari hari ke hari. Lantas, diri sering terluka.
“Kalau you tak berniat untuk mencintai I seumur hidup you, lepaskan I. I dah tak sanggup untuk jadi isteri you. Batalkan semua perjanjian kita. Lupakan semua syarat-syarat yang I bagi. Just, divorce me.”
Saban hari, terpaksa makan hati berulamkan jantung. Mencintai orang yang tak pernah mencintai kita, bukanlah perkara senang untuk dilakukan. Jiwa terluka. Hati pedih. Air mata sering menemani hari-harinya.
“Semudah tu? Never Zeara. Hari pertama kau masuk ke dalam hidup aku, sehinggga ke hari terakhir hidup kau, kau terikat dengan aku. Jangan sesekali bermimpi nak pergi dari hidup aku. Kalau kau tak mati di tangan aku, kau akan mati di tangan orang upahan aku.”
Bagi Emir, bila barang dah jadi milik dia, dia takkan sesekali lepaskan kepada orang lain. Walaupun rosak. Hatta tak berfungsi, dia tetap akan simpan. Sama seperti Zeara. Walaupun tak bahagia di sisinya, dia takkan pernah sesekali lepaskan. Noktah!