Bila diangkat sebagai isteri seorang lelaki tatkala dia hilang tempt bergantung. Diberi

seorang lelaki untuk dijadikan tempat berlindung adalah terlalu cukup untuk dia gadis

yang menumpang kasih.


Tiada apa yang harus dia pertikaikan walaupun si suami tak pernah mencintai. Bagi

dia, diangkat sebagai isteri, sudah memadai walaupun tak dicintai. Jadi, dia fikir

Elqays akan mengabaikan dia dan menjadikan dia patung hiasan.


Namun, lain yang jadi! Elqays yang romantik! Elqays yang caring! Elqays yang

memahami! Cemburu bila dia kena mengorat! Buat jiwa perempuannya meronta.

Bukan setakat cukup pakej handsome+bekerjaya. Malah, lelaki itu romantik!

Garangnya terselit kemanisan. Marahnya, dilitupi rasa kasih sayang!


Iris pesan pada hati, jangan jatuh cinta. Taraf mereka berbeza. Jalan hidup mereka

tak sehaluan. Namun, sekeping hati sering menderhaka.


“Jangan romantik, Qays. Kalau macam ni gaya you layan I, silap hari bulan bukan

takat jatuh cinta. Jatuh tergolek-golek." - Iris


"Mama suruh I layan you sebaiknya. Walaupun I tak suka you. So, ni Cuma layanan

sebab arahan mama. Belum layanan ikhlas dari I lagi." - Elqays


Agak-agak kalau layanan ikhlas, jantung mahu menggelupur. Dan ternyata! Jantung

dia benar-benar menggelupur.


“Qays…. peluk I macam ni, mama yang suruh ke?" - Iris Elqays, buat dia gila bayang!

Walaupun ego tak terkata, layanannya romantic tiada had. Elqays peluk sesuka hati.

Elqays cium sesuka hati. Sehingga dia rasa aneh!


"You cakap you tak suka I. You cakap, antara kita takkan jadi apa-apa. You cakap,

bila tiba masanya, you akan lepaskan I. Tapi, cara layanan you contra dengan

bicarayou."-Iris


Dan bagi Elqays, sebenci mana pun dia pada Iris, tatkala dia lafazkan akad. Iris

selamanya milik dia. Cuma, ego mengatasi segalanya. Tak mampu dia akui bahawa

hati sedang merasakan cinta.


×