Dia fikir, dia sedang menculik anak perempuan mafia yang terlibat dalam konspirasi
membunuh adiknya. Malangnya, tak. Si gadis merelakan dirinya diculik dan menanti
untuk di bunuh.
“You tak culik I, Dylan. I memang menunggu you. Menunggu untuk dibunuh oleh you.
So, just kill me.” - Nerysa
“Don’t be stupid, girl. Kau tak kenal siapa aku. Kau sedang menempah maut.” - Dylan
“The boldness man. Cold as ice. Bitter as coffee. Lelaki yang digeruni oleh semua
orang. Termasuk bapak I. I know you, Dylan El Nathan. Bakal abang ipar tak jadi I.” -
Nerysa
Misi balas dendam bertukar menjadi misi menyelamat apabila si gadis bakal dibunuh
oleh ayah sendiri.
“Aku culik kau untuk buat bapak kau gila. Balas dendam atas kematian adik aku.
Bukan untuk jadi penyelamat kau ataupun menantu. So please,”
“Bapak I tak pernah kisah I hidup ke mati, Dylan. Tu bukan cara untuk you balas
dendam. I ada offer yang lebih menarik. Iaitu kahwin dengan I.”
“Never! Aku takkan sesekali kahwin dengan anak musuh aku sendiri. Bekas kekasih
adik aku. You think, Im stupid?”
“Kahwin dengan I dan hancurkan legasi bapak I. I akan bagitahu semua rahsia
keluarga I. Dan I yakin ni tawaran menarik untuk you.”
Dylan terngadah. Motif Nerysa tak mampu dia teka.
“Kenapa kau buat macam ni? Apa motif kau?”
“Tuntut bela atas kematian Dean. Dia bunuh Dean, maka I akan hancurkan bapak I
sendiri. Dia sanggup bunuh I, Dylan. You fikir, bapak I sayangkan I? No. Never. Dia
cari I sebab dia takut I bocorkan rahsia keluarga.So, you can use me, or kill me. It’s
your choice.”
Hati ingin menolak, tapi akal lebih bijak bertindak. Dia utamakan yang paling utama.
Tawaran Nerysa dia terima bulat-bulat. Menikah dan hancurkan legasi Lorefo. Kill two
birds with one stone!