“Tasnim,.. mulai harini, aku ceraikan kau dengan talak 1. Keluar daripada rumah aku

dan jangan tunjuk muka kau depan aku lagi. Aku jijik. Keluar!!”-Iqbal


Tak pernah terfikir perkahwinannya berakhir dengan cara paling hina. Dibuang

seperti anjing kurap untuk perempuan tak bermaruah. Tasnim merasakan hidup dia,

seperti hilang arah. Sekelip mata, semuanya berubah.


“You...you tipu I, kan? You salah cakap, kan? Jangan buat I macamni you..”-Tasnim


Puas dia merayu. Melutut, merangkak mencari secebis kasih yang berbaki,

malangnya Iqbal buta untuk menilai. Dia dihalau tanpa belas kasihan.Bangkit sendirian

dengan hati yang hancur. Bukan senang untuk dia lalui.


Malangnya, di saat hati mula pulih. Dia mula bangkit dengan kehidupan baru, Iqbal

datang merayu. Meminta kasih yang tak mampu dia bagi.


“Aku pernah jadi bodoh untuk kau. Aku pernah merayu untuk cinta kau.Tapi, apa aku

dapat? Luka yang tiada ubat. Aku dihalau tak ubah seperti anjing kurap. Maruah aku,

dekat kaki kau je, Iqbal. Kau dah buang aku.Kenapa kau datang kembali?”


“I minta maaf, Tas. I tahu I salah. I buta masa tu. I minta maaf. I sayangkan you. I

masih cintakan you. Kita rujuk balik ya..”


Dia pernah buang pangkat dan darjat untuk insan bergelar suami. Dia pernah

lupakan cita-citanya demi redha suami. Malangnya, dia tak dihargai.


“Jangan ganggu aku lagi, Iqbal. Aku jijik tengok muka kau.”


Keraskan hati, Tasnim nekad untuk melupakan. Walau hakikat, hati masih sayang. Di

saat yang sama, mama cuba mengetuk pintu hati yang masih tertutup untuk cinta

yang baru.


“Tas tak nak kahwin dengan sesiapa, ma. Tas velum ready. Mungkin untuk masa

yang lama.”


“Orang cakap, dendam yang paling puas hati adalah, tengok orang yang menyakiti

kita turut merasa apa yang pernah kita rasa. Why not,you gunakan I untuk balas

dendam?” – Anaqqi


Dia datang tanpa diundang, menawarkan pertolongan. Hati menolak, tapi akal fikiran
seakan setuju dengan idea si asing. Namun, agak susah kerana hati masih terluka.

“Cara untuk mengajar orang yang tak reti menghargai adalah dengan membuat dia
menyesal kerana sebuah kehilangan. Takkan you nak kembali kepada sampah? Minat
recyle sampah?” - Anaqqi

Tasnim dilema. Antara cinta dan dendam, yang mana menjadi pilihan nyata kala hati
masih bersalut luka?
×