TRAGEDI hitam dahulu kala buat Dennis takut nak beristeri lagi. Dia selesa hidup dengan puterinya, Mizni. Ketenangan Dennis tergugat

saat munculnya seorang gadis misteri. “I’m Diva. I like you. I hope you like me too.” -Diva. Puluhan gadis mendekati Dennis, namun tiada satu pun lebih bermuka tembok berbanding Dhea Diva. Puas kena perli dan maki,

Diva tetap terhegeh-hegeh mendambakan Dennis. “Can you stop following me around?” - Dennis “I’m not. Kebetulan aje kita jumpa hari ni.”- Diva “You ingat I nak percaya cakap stalker macam you?” - Dennis. “Percayalah pertemuan kita ni takdir Allah.” - Diva Semakin lama mengenali Diva, semakin banyak sisi baiknya memukau Dennis. Kadang-kadang Dennis rasa Diva seperti memiliki split personality. Ada masa dia gatal macam ulat bulu, ada masa dia

garang macam singa. “As long as you’re single, I’m gonna capture your heart.” Itulah ayat berulang-ulang diungkapkan Diva. Ayat yang bisa

buat Dennis berdebar-debar. Debaran yang tak pernah dirasainya sebelum ini. “Mustahil Dennis suka perempuan perangai macam tu. Dennis

ni selalu makan makanan perempuan tu bagi. Entah-entah dah kena mandrem.” -Akif Akif, kawan baik Dennis sering berprasangka buruk terhadap

Diva. Akif juga mengkhabarkan yang Diva itu playgirl dan tak pernah serius bercinta. Dennis enggan percaya. Malangnya kenyataan terbentang depan mata. “Bertahun-tahun I jadi secretary you, dah berapa belas perempuan desperate I halau dari Oracle. You yang suruh I halau,

bukan I memandai sendiri. So what’s making her different?” - Ilmar. “I’m not even sure myself.” - Dennis. Adakah benar Dennis terkena ilmu ‘guna-guna’ Diva? Selepas

mengetahui pekung gadis itu pun, Dennis tetap angaukan Diva. Segalanya berantakan bila Diva tunjuk belang sebenar. Tingkah

dan bicaranya mengingatkan Dennis pada wanita yang paling dibenci. “I lebih memilih bersama perempuan boring dan beku

berbanding bersama perempuan desperate dan bermuka tembok macam you!” - Dennis.

Kegilaan Diva perlu ditamatkan. Dennis enggan mengulang

kesilapan lampau. Tapi bila Diva serius menjauh, Dennis dicengkam rindu teramat. Kebenaran demi kebenaran terbongkar. Dennis terhenyak.

Masih adakah peluang untuk dia membetulkan segalanya? Dan benarkah Diva mencintai Dennis?

×
WhatsApp