DARI pertemuan pertama, Ezraqil dah rasa yang Diandra bukan perempuan baik. Namun wajah Diandra begitu istimewa untuk dilepaskan begitu saja. “Kalau I ni tua kerepot, perut

buncit, kepala botak, you nak juga kahwin dengan I?”-Ezraqil. “Lagi tua lagi bagus.”- Diandra “You berselera dengan orang tua?”

- Ezraqil “Pembetulan. Hanya orang tua

yang banyak duit dan tak kedekut. Syarat kahwin wajib masukkan nama saya sebagai pewaris harta. Lepas dia masuk kubur, saya bolot harta dia.”- Diandra Diandra satu-satunya perempuan yang bisa buat Ezraqil

speechless. Menikahi wanita itu adalah tindakan gila. Atas desakan si kakak, Ezraqil teruskan jua. Sesuai perjanjian, mereka mendirikan rumahtangga. Ezraqil

fikir dia mampu menjatuhkan maruah Diandra. Malangnya wanita itu sejenis hati kering. Cakaplah apa saja, dia hanya tersenyum. Bagi Diandra selagi encik suami membayarnya, dia rela dibuli.

“Barang fake takkan sama dengan barang original.”- Jazmin. Meski otak menafikan, hati enggan berenggang dari Diandra.

Kehadiran wanita itu menceriakan hidupnya. Ada saja tingkah Diandra buat Ezraqil tersenyum bahagia. Mungkin dia perlu lupakan kisah silam dan buka buku baru dengan isterinya itu. “I dengan duit, mana lagi you suka?”- Ezraqil “Duit.” - Diandra Dan Ezraqil terngadah. Hati Diandra sudah mati untuk

mencintai sesiapa pun. Misi hidupnya hanya satu, kumpul duit berkoyan-koyan. “I marry you for money. You marry me for my body. Encik

jangan fikir encik lebih mulia berbanding saya.” - Diandra Kerap Diandra mengingatkan Ezraqil agar jangan hanyut

mencintainya. Dia takkan balas cinta lelaki itu. Tiga kali kecewa dahulu sudah cukup mengajar Diandra bahayanya cinta.

“As long as you stay by my side, I’m grateful. It’s okay. I have

enough love for the both ofus.” - Ezraqil Kesetiaan dan kasih sayang Ezraqil mengganggu ketenangan

Diandra. Bisakah dia menepis cinta untuk selamanya? Tapi dia terlalu takut untuk mencintai. Kunjungan mengejut Ghazi yang menawarkan habuan besar

begitu menggoda. Antara Ezraqil dan duit, yang mana satu pilihan terakhir Diandra?

×
WhatsApp