Dia minta cerai sebab bukan dia nak jadi isteri derhaka. Bukan juga sebab dia tak tahu dosa dan pahala. Tapi dia dah penat nak menanggung biawak hidup selama bertahun-tahun lamanya.

“Saya dah cari kerja, tapi tak ada kerja yang

sesuai dengan saya. Saya ni ada diploma tau!” SUBHAN

Ditambah dengan mulut lancang emak mentuanya, semakin tawar hati dia jadinya.

“Kalau aku kata kamu ni bodoh, kamu marah. Tapi orang gila pun boleh fikir

kenapa Subhan tu perlukan kereta. Sebab… Dia nak cari kerjalah! Kamu juga yang bising-bising kata suami kamu tu tak bekerja.”- PUAN JUHARA

“Kan saya dah beritahu tempoh hari. Awak juga yang kata, kalau saya berani, pergilah tuntut cerai dekat mahkamah. Saya cuma buat seperti mana yang awak minta aje. Dan saya harap, awak pun beranilah juga untuk ke mahkamah nanti.” -QILA

Dia bercerai akhirnya, tapi terpaksa hadap masalah yang lain pula. Emak

sendiri pun tak mahu terima sebab malu dia dah bergelar janda. “Ini rumah saya. Saya buatlah apa-apa yang saya suka dekat rumah ni.

Yang awak ni masuk dalam rumah ni buat apa? Nak menghendap saya? Atau rindu dah datang menerpa? Kalau menyesal tu, cakap aje menyesal. Sekarang pun kita boleh rujuk semula.” -SUBHAN

Dia fikirkan dia akan hidup aman-aman aje lepas berpisah, tapi manalah

tahu yang Subhan tu datang pula gilanya. Gila talak! Qila rasa jalan terbaik yang boleh dia buat, ialah pergi jauh dari semua

orang yang dia kenal. Dia dah penat nak hadap semuanya. Mungkinkah dalam pelarian itu Subhan tak dapat mencarinya? Atau nanti, akan muncul seorang hero di penghujung cerita? “Awak ingat kalau saya main-main, saya akan sampai ke tahap ni ke? Saya paling benci dengan jarum suntikan tu tau. Saya pun tak suka pergi klinik. Tapi sebab awak, saya akan datang ke klinik ni selalu.” -AZLAN

×
WhatsApp