Pilihan keluarga? Kahwin paksa? TIDAK bagi Syifa Imani. Dia tak akan sesekali

pertaruhkan hatinya untuk hubungan yang tak pasti.

Namun, siapa sangka, perkahwinan yang dia tolak akhirnya berlaku juga. Bukan

keterpaksaan tapi, atas kerelaan hatinya sendiri. Malangnya, niat sucinya dicurigai

oleh sang suami.


“Berapa mama bayar kau?" - Adi Firkash


“Dua juta. Puas hati?" - Syifa Imani


Bagi Syifa, bila namanya isteri, dia akan menjalankan tanggungjawabnya walaupun

seringkali dipandang remeh oleh encik suami. Menerima segala kekurangan tanpa

sedar ada cinta bertapak dalam hati.


Sayangnya, belum sempat dia meluahkan perasaan itu, dugaan melanda sehingga

dia terpaksa mengundurkan diri. Dan bila tiba-tiba takdir menemukan mereka semula,

adakah Adi Firkash mengenalinya meskipun dia menidakkannya?


“Syifa Imani bt Dollah…. awak isteri saya kan?" - Adi Firkash 


“Encik salah orang. Saya bukan isteri cik. Saya belum kahwin." – Syifa Imani


Tatkala hati dah terluka teruk, dia terpaksa menafikan walaupun secebis rindu masih

bertapak. Dan kehadiran Airil Izwan secara tiba tiba semakin mengeruhkan lagi

keadaan.


"And you tell me, suami mana tak marah kalau tengok isteri dia berpeluk dengan

jantan lain?? Tell me!" - Adi Firkash


Dek kerana cemburu seorang suami dan lelaki asing, dia tersepit di antara sebuah

kebenaran. Mampukah Syifa Imani menerima Adi Firkash setelah dia dibuang

bagaikan kain buruk. Dihalau tanpa melihat seraut wajahnya? Masih wujudkah

kemaafan buat encik suami setelah hati hancur berkecai?

×