SINOPSIS


Mengisahkah seorang perempuan kaum orang asli bernama Ratna Kesuma telah bertemu dengan Nazim Ahmad Bin Abdul Latif ketika menyelamatkannya semasa keretanya terbabas dalam kemalangan di kawasan perkampungan Ratna Kesuma. Dari pertemuan itu barulah Kesuma tahu Nazim Ahmad adalah anak Dato Latif bekas kekasih ibunya. Dari situ terputik perasaan cinta antara mereka. Di sebalik kisah cinta itu rupanya ada dendam lama yang dibangkitkan semula.


Beberapa perkara mistik telah terjadi disebalik perasaan cinta dan dendam. Banyak kisah lama yang sepatutnya tersimpan rapi mula terbongkar satu-persatu. Dari kisah dendam itu jugalah ada hati yang terluka. Ada nyawa yang harus jadi taruhan.


“Aku cintakan kau Latif.”- Ratna Melati


“Antara cinta dan kekayaan aku memilih kekayaan.”- Latif


“Kau anggap sahaja kejahatan dibalas dengan kejahatan. Belum ada satu pun perbuatan yang jahat dibalas dengan kebaikan sekali pun ada pilihan.”- Ratna Kesuma


“Awak perempuan yang saya sayang tapi awak yang hancurkan hati saya. Sayang dan cinta saya pada awak selama ini dah berakhir. Pergilah sebelum saya ubah fikiran. Sebelum saya bertindak lebih kejam dari awak.”- Nazim Ahmad


Bagaimana kesudahan kisah mereka. Adalah kisah mereka akan berakhir dengan perpisahan setelah semuanya terbongkar. Masihkan ada kemaafan dari setiap salah dan khilaf yang terjadi. Semuanya terjawab dalam sebuah ebook romantik thriller bertajuk Dendam Ratna.

×
WhatsApp