Dia hanya gadis biasa-biasa. Hanya mahu bahagia seadanya.

“Cita-cita saya nak jadi operator kilang aje.”RAMLAH

Dia pula lelaki yang semuanya ada, tapi masih tercari-cari akan bahagia. Mereka berjumpa dalam situasi yang janggal. Namun pertemuan yang disangka yang pertama dan akan jadi yang terakhir rupanya tak seperti yang mereka jangka.

Mereka bertemu lagi, dalam lain situasi.

“Saya nak awak jadi kerani sebab saya nak awak ada dekat dengan saya. Saya nak pandang muka awak tiap-tiap hari, saya nak dengar suara awak, tak pedulilah walau bagaimana pun nadanya.”- NORMAN

Tapi dia pula hanya mahu kehidupan yang tenang, lelaki yang biasa-biasa aje.

“Tapi, saya tak suka Encik Norman. Saya tak minat orang kaya.” -RAMLAH

×
WhatsApp