Pertemuan Armel Safiyah dan Attar Qaisar yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain membawa keduaduanya ke gerbang perkahwinan apabila mereka dijodohkan oleh keluarga masing-masing. Armel yang belum bersedia untuk berkahwin telah mencari cara untuk merosakkan nama baik Attar yang juga seorang pensyarah di universiti tempatnya belajar. Seorang gadis

‘sewel’ yang suka berbuat sesuka hati dan seorang pemuda yang tegas pendirian, Armel dan Attar saling berbalah dan tidak sependapat. “Kau memang tak reti nak panggil aku dengan panggilan

‘Dr’ ke?” — ATTAR QAISAR

Armel tersilap percaturan sehingga merenggut kepercayaan Attar, Attar rasa Armel benar-benar melampau. Mengenangkan kelakuan Armel, jiwa Attar terdera. Hanya kerana mahu membatalkan perkahwinan mereka, Armel sanggup mencalarkan namanya.

“Maaf kau tu tak boleh kembalikan maruah aku. Fitnah yang kau buat pada aku tu besar, Mel. Kau jangan ingat senang-senang aku nak lupa apa yang kau dah buat pada aku.” — ATTAR QAISAR

“Sebelum kau bersihkan nama aku, aku nak kau cium kaki aku. Aku nak kau rasa rendah. Selama ni kau tunjuk angkuh depan aku, sekarang aku nak bukti. Bukti yang kau boleh berubah.” — ATTAR QAISAR.

Kemarahan Attar pada Armel nyatanya tidak bertahan lama. Angin cinta menyapa lembut di hati Attar Qaisar. Dia akhirnya menjadi sang pemuja Armel Safiyah dan berikrar untuk melindungi wanita itu, meski dia tidak pasti bagaimana dengan perasaan sang isteri padanya.

“Patutlah semua makanan tu rasanya masin. Mana taknya, semua manis kau dah ambil.” — ATTAR QAISAR

“You’re still a stranger, Attar... and nothing has been confirmed yet walaupun kita dah kahwin. Awak boleh pergi bila-bila masa kalau awak rasa terbeban. Saya takkan paksa awak untuk jaga saya.” — ARMEL SAFIYAH

“Cinta kita tak bersalah kan, Attar?” — ARMEL SAFIYAH

Adakah cinta yang hadir itu layak untuk dirasai oleh Armel? Sedangkan Armel rasa hubungan mereka sebuah hubungan terlarang. Detak rasa yang hadir bermukim dalam mahligai

indah mereka itu perlukah mereka teruskan?

Akankah cinta yang tak bersalah ini menghadirkan bahagia? Bahagia yang berkekalan.

×
WhatsApp