“Sebab budak ni penyebabnya! Lebih baik budak ni mati jelah senang!”
“Dia anak aku,Siah. Anak aku!”
“Habis tu, Rini tu siapa? Anak jantan lain ke?”
“Sudahlah, Siah! Jangan mulakan!”
“Abang ingat mudah saya nak melupakan? Apa yang berlaku 27 tahun yang lalu,
masih segar dalam ingatan saya! Dan sampai bila-bila pun, saya takkan pernah lupa.
Dan takkan pernah sukakan budak sial ni!” - Cik Siah
“Betul, mak. Anak macam dia, elok halau je keluar rumah. Dia dah memalukan
keluarga! Dasar tak sedar diri.” - Rini
Dia membesar tanpa kasih sayang. Dipukul, dimaki, santapannya setiap saat.
Sehingga dalam hati, wujud rasa ingin tahu.
“Qalisa bukan anak mak ke? Kenapa mak benci sangat dengan Qalisa? Apa salah
Qalisa,mak?”
Dan setiap kali soalan itu terluah, batang paip akan singgah di badan. Lantas, dia
kunci mulut. Pendam segalanya dalam hati. Namun, waktu berlalu dan dia berganjak
usia.Akhirnya, satu rahsia terbongkar dan menggores sekeping hati.
Di saat yang sama, dia khianati oleh mak sendiri. Menjadi isteri si asing akibat
perbuatan mak sendiri. Mana mungkin hati mampu menerima. Akan kebenaran yang
terbongkar. Serta takdir yang mengelirukan.
“Kenapa awak nak kahwin dengan saya? Awak bukannya buat apa apa pun dekat
saya.Awak sendiri tahu tak ada apa apa berlaku.” - Qalisa
“I rasa you perlukan bantuan I. Takkan you nak kahwin dengan lelaki tak guna tu?
Hidup you dah cukup terseksa. Nak tambah seksa lagi ke? Jadi, biarlah I kurangkan
rasa ‘seksa’ tu sikit.” - Haqam
“Kurangkan macam mana?” - Qalisa
“First thing first, i’m handsome. So, mata you tak sakit kalau nak tenung seumur
hidup pun. Kalau dengan Faiz, mahu buta.” - Haqam
Benar! Kehadiran Haqam sedikit sebanyak buat hidupnya kembali ceria. Hilang kasih
sayang mak, berganti kasih sayang seorang suami. Mungkin tak sama, tapi mampu
mengubati rasa sakit. Sedikit demi sedikit, kembali pulih tanpa dia sedar.