“Kahwin dengan Caden. Buat dia jatuh cinta dengan you, sakiti dia, dan tinggalkan

dia. Please..” - Aysar


Tak pernah sangka, itu permintaan yang keluar dari bibir si tunang.Berkahwin

dengan lelaki lain sedangkan mereka saling mencintai?


Nonsense! Dia tak boleh terima langsung permintaan si tunang. Malangnya,Aysar

mendesak. Sehingga dia tiada pilihan lain.


“You tunang I. Sanggup you lepaskan I dekat lelaki lain?” - Eshal


“Kerja you senang je. Buat dia jatuh cinta dengan you. Lepas tu, you mintak cerai.

Kita berkahwin..” - Aysar


“You lupa, Aysar. Talak bukan di tangan I. You akan menyesal dengan apa yang you

suruh.”


Dan Aysar tetap dengan pendiriannya. Paksa tunang sendiri kahwin dengan lelaki

yang dia tak suka hanya kerana sakit hati.


Tanpa sedar, tindakannya itu memakan diri sendiri. Bagi Eshal pulak, bila rahsia

terbongkar. Hati jadi galau. Dia tak cintakan Caden, tapi kena rajuk Caden menjadi

kudis di hati? Dia tak sayangkan Caden. Tapi kenapa, diam Caden buat hati gelisah?


“Well, sakit hati bila I tahu niat you sebenar menikah dengan I. But..madam… you’re

mine, now! Dont you dare run away from me, Mrs Caden.”- Caden


Dia tak mencintai, tapi tak akan sesekali melepaskan. Bila dia tahu niat sebenar

Eshal, semakin dia ingin simpan si gadis di sisi. Bukan menghalau apatah lagi

membenci. Eshal ingin bermain, maka dia akan teruskan permainan.

Yang mana, Eshal takkan sesekali terkeluar dari permainan yang dia cipta. Yang

mana, mastermind yang akan menderita dalam permainan mereka.


×