Dia pernah bahagia dan pernah juga gembira. Tapi seiring dengan masa, rasa itu dah lama terbang pergi tak tahu ke mana. Yang tinggal hanya rasa lemas, rimas dan separuh gila. Semuanya kerana onar yang dibuat keluarga lelaki itu.

Klise. Katalah apa saja, kerana yang menanggungnya

adalah dia. Yang hampir gila dibuatnya juga adalah dia!

“Kay sanggup tinggalkan abang? Dah tak sayangkan abang ke?” – HARITH

Bagi Khalilah perasaan sayang itu dah lama hilang. Yang tinggal hanyalah tanggungjawab. Dia memilih untuk putuskan segala hubungan yang ada demi mencari bahagia yang dia tak jumpa.

“Ingat Khalilah. Sekali diharamkan kembali semula ke sini.” -PUAN HABSAH lagi kau melangkah keluar dari rumah ni, kau

Tapi saat dia mahu melangkah pergi, dia diugut dengan harta yang paling bernilai buat dirinya. “Baik. Abang akan berikan talak yang Kay minta. Tapi, serahkan hak

penjagaan Zahra pada abang. Dan Kay tak dibenarkan untuk berjumpa atau mendekati Zahra sampai bila-bila.”_-HARITH

Emir muncul ketika dia dalam persimpangan untuk membuat keputusan. Emir, lelaki yang punya sejarah silam dengan lelaki yang memilikinya sekarang.

“Dia bukan lelaki yang baik, Kay. Kay ingat lepas bercerai dia akan kahwin dengan Kay ke? Dia cuma nak main-mainkan Kay aje. Yang dia dendam, adalah abang.” -HARITH

“Tak. Saya tak main-main. Saya sungguh-sungguh. Saya suka awak, Lila. Sangat sukakan awak.” – EMIR

Nafas Khalilah semakin sesak dibuatnya. Ugutan Harith buat dia buntu dan perasaan yang Emir ada untuknya buat dia keliru. Dia hanya mahu keluar dari perkahwinan itu, tapi mampukah dia?

×
WhatsApp