Wanita bernama Sara. Rayyan tak mahu dengar nama itu. Bahkan bertemu pun dia tak ingin. Tapi takdir tetap mengikat mereka selepas dua tahun atas percaturan Bonda Rozita yang meminang Sara untuk Rayyan.
“Saya nak awak yang dulu. Yang baik. Yang lembut. Rayyan, awak tak pernah jahat dengan saya…” - SARA
“Cinta aku pada Rauda tak pernah hilang. Sejuta tahun pun aku takkan pernah lupa dia. Kau takkan dapat gantikan tempat dia, Sara.” - RAYYAN
Perempuan lain pula yang Rayyan agungkan. Asbab bayangan kisah silam antara Sara, Rauda dan dirinya, Rayyan menganggap gadis itu sebagai perosak majlis perkahwinannya dengan wanita bernama Rauda. Bagi dia, Sara hanyalah wanita hipokrit yang inginkan harta keluarganya.
“Hai, kenapa orang gaji you ni cantik sangat? Jealous I. You tahu kan I tak sukalah nampak perempuan cantik dekat dengan you selain I?” — DELANA
“Itu isteri I, Delana. Bukan orang gaji I. Tapi biasalah, dia nampak macam orang
gaji sebab tugas isteri memang untuk buat kerja-kerja yang orang gaji buat, kan?” — RAYYAN
Muncul pula Delana, makin menambahkan kekacauan dalam istana mereka yang sedia tegang. Namun bila nyawa menjadi gantinya, tidak pernah dia menyangka yang dia begitu takut kehilangan Sara.
“Rayyan nak tebus segala salah Rayyan pada Sara. Rayyan tahu sekarang bukan masa yang tepat untuk Rayyan minta maaf. Tapi, Rayyan harap masih belum terlambat untuk Rayyan tebus semuanya.” — RAYYAN
Kalau sebelum ini dia layak digelar syaitan, untuk insan yang tak pernah sekali dia anggap sebagai bidadari syurganya, lantas akan terlambatkah sinar bahagia yang baru mengetuk pintu perkahwinan mereka itu? Akankah Sara memberinya peluang kedua selepas beribu duka yang dia hadirkan dalam hidup wanita itu?