Setiap orang ada hari bodohnya. Tapi hari bodoh bagi Piya bermula sejak dia mengenali Amjan. Segalanya serba tak kena, semua yang dia buat, ada saja lompongnya di mata lelaki itu. Tapi, dia sedar, tak mungkin dia akan jumpa lelaki sempurna meskipun beribu tahun dia menunggu. Jadi, Amjan itu dia terima dengan reda dan pasrah.

“Perempuan tak boleh semuanya nak harapkan lelaki. Nak jadi biawak hidup yang ditanggung suami? Hidup sekarang semuanya perlukan duit. Banyak cantik muka tu nak hidup ditanggung makan minum dan semuanya. Habis tu jadi isteri untuk apa?” – AMJAN

Semakin lama, sikap dan layanan Amjan semakin menekan jiwa. Dan Piya tak mahu jadi bodoh selamanya. Pilihan ada di tangan. Mahu bercerai, tak semudah mulut yang meminta. Nak dibunuh Amjan, nanti dia pula yang masuk penjara. Jadi, dia mula terfikir cara yang halus, senyap dan berkesan.

“Amjan, jangan cabar aku sangat ya. Kang aku hembus kau nanti, bodoh jadinya.”- PIYA

J alan halal atau yang dilarang, mana satukah yang dipilih Piya? Mampukan dia bertahan dan mengharapkan Amjan berubah? Atau mungkin ada penyelamat yang muncul di akhir kisah?

×
WhatsApp